KIM Swee (kiri) dan Cheng Hoe mahu pemain
kebangsaan tingkat kualiti.
KUALA LUMPUR: Peningkatan kualiti skuad bola sepak kebangsaan
menjadi permintaan Tahun Baharu Cina buat dua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan
Datuk Ong Kim Swee.
Bagi Cheng Hoe yang dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan
pada Disember lalu, permintaan utamanya adalah pasukan kendaliannya menamatkan
deretan 10 perlawanan tanpa kemenangan apabila bertemu Mongolia dalam aksi
persahabatan pada 22 Mac depan.
"Saya mengharapkan semua orang memperoleh kesihatan
dan kegembiraan pada Tahun Baharu dan untuk bola sepak, saya berharap untuk
melakukan yang terbaik sebagai seorang jurulatih," kata Cheng Ho yang
mengambil alih tugas berkenaan selepas peletakan jawatan Nelo Vingada.
"Saya yakin pasukan akan bertambah baik pada tahun ini
berbanding tahun lalu dan mampu untuk mencapai sesuatu bermula dengan
perlawanan Piala Asia menentang Lubnan. Lebih utama kami mahukan kemenangan
dalam perlawanan selepas sekian lama."
PEMAIN Harimau Malaya
perlu tingkatkan prestasi. FOTO/FAIL
Malaysia tidak pernah memenangi perlawanan sejak menewaskan
Kemboja 3-2 di kejohanan Piala AFF pada November 2016 tetapi perlawanan
persahabatan menentang Mongolia di Bukit Jalil menawarkan Cheng Hoe peluang
untuk menebus kehampaan.
Selepas perlawanan itu, skuad kebangsaan akan berkunjung ke
Beirut bagi aksi terakhir kelayakan Piala Asia Kumpulan B menentang Lubnan pada
27 Mac.
Bagi Kim Swee, permintaannya adalah untuk melihat skuad
kebangsaan negara di semua peringkat umur meneruskan prestasi baik mereka
seperti yang ditampilkan dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini.
Malaysia mara ke suku akhir Piala AFC Bawah 23 Tahun di China,
bulan lalu selepas memenangi pingat perak di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Selain itu, kedua-dua pasukan di peringkat Bawah 19 Tahun dan 16
Tahun juga akan beraksi di pusingan akhir Piala AFC di bawah peringkat umur
masing-masing, tahun ini.
"Permintaan saya pada tahun ini adalah skuad kebangsaan di
semua peringkat usia berterusan menunjukkan peningkatan dan menampilkan
ketabahan dalam apa saja yang mereka lakukan," kata Kim Swee yang tugasan
berikutnya adalah Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.
"Saya tidak menetapkan sebarang sasaran tertentu untuk
Piala Asia tetapi kami berharap untuk melakukan sebaik mungkin."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan