Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 15 Februari 2018

Belum ada keperluan lagi



PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan belum ada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal khusus untuk memberi laporan mengenai persembahan setiap pemain sebagai usaha membendung kegiatan mengatur perlawanan.
Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi menjelaskan ini berikutan setiap pasukan sudah mempunyai Pengarah Teknikal yang boleh melakukan kerja sedemikian dan mereka seharusnya memainkan peranan lebih besar dalam meneliti persembahan setiap pemain pasukan masing-masing.
“Bidang tugas Pengarah Teknikal adalah termasuk memberi laporan mengenai persembahan dan prestasi setiap pemain. Mereka boleh mengkaji sejauh mana prestasi pemain mereka dalam satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.
“Jadi pada pandangan saya, tidak perlu ada satu lagi jawatankuasa khusus untuk melakukan tugas yang sama. Kapasiti selaku Pengarah Teknikal seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya kerana mereka adalah individu yang begitu penting dalam sesuatu pasukan.
“Bukan itu sahaja, Pengarah Teknikal juga boleh menasihati jurulatih dan memberi maklumat terkini mengenai perkembangan pemain pasukan. Jika mereka mendapati ada ‘persembahan pelik’ ditunjukkan pemain, mereka boleh merujuk kepada Unit Integriti masing-masing supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) disaran menubuhkan jawatankuasa teknikal khusus untuk memberi laporan mengenai persembahan setiap pemain ketika beraksi dalam setiap perlawanan diharungi musim ini.
Cadangan itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang menyifatkan langkah terbabit dapat membendung sebarang ‘persembahan pelik’ ditunjukkan setiap pemain memandangkan persembahan mereka akan diteliti sepanjang 90 minit mereka beraksi.
Untuk rekod, ketika aksi Liga M baharu saja memasuki perlawanan ketiga, dua pasukan sudah terpalit dengan tuduhan kegiatan mengatur perlawanan susulan kekalahan disifatkan tidak masuk akal dihadapi pasukan terbabit.
Pasukan Liga Super, Melaka United (MU) diaibkan Selangor 4-1 sementara pasukan Liga Perdana, Sarawak mensia-siakan kelebihan dua gol apabila membenarkan FELCRA FC meledak tiga gol dalam tempoh enam minit terakhir perlawanan menjadikan keputusan 3-2.
Situasi ini menyaksikan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menjalankan siasatan mengenai tuduhan terbabit selepas dikhuatiri wujudnya kegiatan mengatur perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan