Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 22 Februari 2018

Nik Akif Syahiran sedia ganti tempat Gomis


Nik Akiff Syakiran merupakan pemain skuad B-19 dan B-23 negara. - Foto Stadium Astro


KOTA BHARU - Pemain muda Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat bersedia mengisi kekosongan posisi tengah ditinggalkan pemain import dari Perancis Margaro Lima Gomis yang digugurkan daripada pasukan tersebut.
Nik Akif Syahiran, 19, bertekad untuk tidak menghampakan kepercayaan pemangku Ketua jurulatih Yusri Che Lah dengan mempamerkan aksi sebaik mungkin bagi membantu pasukan mencatat kemenangan. 
"Saya berharap jurulatih dapat memberi lebih peluang kepada saya untuk beraksi sebagai  pemain kesebelasan utama bagi membantu pasukan menghadapi cabaran pasukan lain.
"Perlawanan menentang Terengganu pada awal bulan ini, saya diturunkan dalam kesebelasan utama, walaupun perasaan ketika itu amat gugup. Jika beraksi lebih banyak saya mampu untuk mengatasi masalah itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan