KEMATIAN penjaga gol
legenda bola sepak Malaysia, Chow Chee Keong (kanan) pagi tadi turut mendapat
liputan akhbar South China Morning Post di Hong Kong. - Foto fail
KEMATIAN penjaga gol legenda bola sepak Malaysia, Chow Chee
Keong pagi tadi turut mendapat liputan akhbar South China Morning Post di Hong
Kong.
Menurut bekas Pengerusi Persatuan Bolasepak Hong Kong, Lawrence
Yu Kam-kee, sumbangan mendiang kepada bola sepak Hong Kong amat besar.
"Dia kekal dalam ingatan saya. Dia adalah penjaga gol
terbaik Asia dan menjadi kebanggaan Hong Kong ketika itu. Dia muncul pemain
paling mahal di Hong Kong malah mengatasi bayaran pemain Eropah, sesuatu yang
luar biasa bagi seorang pemain berbangsa Cina.
Menurut Lawrence, ketika Chee Keong pertama kali tiba di Hong
Kong dia dilayan seperti raja dan menerima gaji HK$2,500 lebih tinggi
berbanding selebriti British ketika itu seperti Derek Currie dan Walter
Gerrard.
"Saya ingat lagi dia tiba untuk satu perlawanan dengan
menaiki helikopter. Detik itu salah satu memori yang tak boleh saya lupakan.
Dia sangat popular dalam kalangan peminat sekali gus memberi sumbangan besar
kepada bola sepak Hong Kong. Kami pasti merinduinya," katanya.
Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 7 pagi tadi pada usia 69 tahun akibat kanser
pundi kencing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan