Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 3 Mac 2018

Malaysia bersih isu bookie


Windsor Paul

KUALA LUMPUR 2 Feb.– Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi amaran bahawa mereka sentiasa memantau pasukan negara-negara Asia yang terlibat dengan aktiviti bookie, malah turut mengumpul bukti.

Semua bukti yang diperoleh daripada syarikat Pengurusan Data Sukan (SportRadar) yang berpangkalan di Switzerland akan diserahkan kepada persatuan bola sepak negara masing-masing dan terpulang kepada negara berkenaan untuk mengambil tindakan.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul yang menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dengan aktiviti bookie, namun sentiasa menyalurkan bukti-bukti diperoleh kepada persatuan bola sepak negara masing-masing.

“Apa sahaja maklumat yang kita dapat mengenai pengaturan perlawanan kita akan serahkan kepada persatuan bola sepak dan pihak berkuasa di negara berkenaan. Tindakan tertakluk kepada kuasa pihak berkuasa di negara tersebut untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Setiap negara mempunyai perundangan yang berbeza, tetapi apa sahaja bukti yang kita dapat sama ada kecil atau besar kita akan serahkan kepada mereka. Kita bukan satu agensi yang boleh mengambil tindakan, oleh itu kita cuma serahkan bukti kepada pihak yang mempunyai kuasa dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2017, di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini segala bukti yang diserahkan tiada yang melibatkan pasukan kebangsaan dan AFC turut memuji Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilihat cukup proaktif dalam membanteras aktiviti tidak sihat itu.

“Kita telah serah banyak bukti yang melibatkan negara seperti Laos, Kemboja, Myanmar, India, Nepal dan sebagainya, tidak kira jumlah besar atau sedikit, jika ada sahaja bukti kita akan serahkan kepada persatuan bola sepak masing-masing.

“Setakat ini bukti yang diperoleh itu bukan melibatkan pemain Malaysia, AFC juga mempunyai kerjasama baik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Interpol (Polis Antarabangsa), Aseanpool (Polis Asean) dan FAM yang sangat proaktif dalam membantu memantau kes-kes seperti ini.

“Selalunya bookie ini mencari pasukan yang berlawan dengan Malaysia. Bookie mempunyai pelbagai pertaruhan bukan sahaja melibat kalah atau menang tetapi juga dari segi jumlah jaringan. Itu masalah yang besar. Buat masa ini kita pantau perlawanan antarabangsa yang melibatkan semua pasukan di Asia,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan amaran keras yang dilaungkan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Zahid Hamidi, beliau percaya Malaysia begitu memandang keras aktiviti bookie.

“Jika TPM sendiri telah memberi amaran keras, maka itu adalah satu mesej yang baik dan sangat kuat dan harus diambil berat oleh semua persatuan bola sepak di Malaysia,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan