Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 18 Februari 2018

Jurang gaji pemain terlalu besar?



AHMAD RAZMI KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Jurang gaji pemain yang terlalu besar dalam sesebuah pasukan dikhuatiri antara punca yang mendorong sesete­ngah pemain bergaji kecil untuk menerima tawaran bookie me­ngatur perlawanan.
Setiausaha kelab penyokong bola sepak Perak, Kelab Seladang, Ahmad Razmi Kamaruddin turut berkata, isu ra­suah dalam bola sepak juga mungkin tidak berlaku jika kebajikan pemain sentiasa terbela.
“Perkara ini (rasuah) mungkin berlaku disebabkan kadar gaji antara pemain dalam sesebuah pasukan. Ada pasukan mempunyai jurang gaji yang terlalu jauh antara pemain mereka.
“Bagaimanapun, pemain sepatutnya fokus kepada kemenangan dan bukan memperjudikan pasukan.
“Pihak pengurusan juga perlu lebih menerapkan nilai ukhwah antara pemain agar isu ini tidak berlaku lagi,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Bagi Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor. Mohammed Haniff Manzoor, kes mengatur perlawanan tidak sepatutnya berlaku kerana pemain sekarang menerima gaji agak lumayan.
“Sepatutnya, perkara sebegini tidak berlaku memandang­kan pemain bola sepak di Malaysia meraih gaji agak lumayan.
“Isu ini memalukan bola sepak negara dan penyokong pula menganggap mentaliti pemain masih di takuk lama iaitu mengambil rasuah untuk memenangi perlawanan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden kelab penyokong bola sepak Negeri Sembilan, N9Futbol.com, Mohd. Faidzul Mohamad Noh berkata, peminat memang mengesyaki aktiviti mengatur perlawanan masih aktif kerana sering dihidang de­ngan keputusan-keputusan pelik, selain aksi di luar jangka.
“Kami tidak terkejut. Kami memang sudah syak perkara ini masih aktif, namun tidak ada bukti untuk me­nuduh mana-mana pemain atau pasukan.
“Saya puji FAS (Persatuan Bola Sepak Sarawak) kerana pantas mengenal pasti dan tanpa berselindung melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ini tindakan terpuji berban­ding sebilangan pasukan yang hanya melakukan siasatan secara se­nyap dan akhirnya kes hilang begitu sahaja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan