Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 Februari 2018

FMLLP sedia potong mata



KETUA Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam menegaskan sebarang keputusan untuk mengambil tindakan sedemikian tetap diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP terlebih dahulu. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) membayangkan sedia untuk melaksanakan pemotongan mata sekali lagi kepada pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran bagi musim 2018.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam menegaskan sebarang keputusan untuk mengambil tindakan sedemikian tetap diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP terlebih dahulu.
Justeru, pihaknya menafikan wujud perbalahan antara badan itu dengan pengerusinya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meskipun wujud perbezaan pendirian berhubung isu dokumentasi dan pendaftaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Jelas Kevin, sekretariat FMLLP menyokong penuh kepemimpinan Tunku Ismail dan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan beliau lebih bersifat untuk menyatakan kekecewaan yang wujud hasil persepsi sesetengah pihak yang sentiasa menuding jari kepadanya setiap kali wujud situasi sesuatu hukuman akan dilakukan.
"Kekecewaan ini adalah yang sebenar kerana Tunku Ismail bekerja keras untuk memastikan liga dan setiap pasukan terjamin untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang berjaya diperoleh menjadi sesuatu menguntungkan untuk semua pasukan dan secara realiti harapan semua pihak yang melabur dalam Liga Malaysia mahu melihat kemajuan dari segi profesionalisme.
"Saya pasti Tunku Ismail tidak berniat untuk menafikan peraturan dan mahu peraturan ditegaskan tapi beliau berlaku sarkastik dalam membuat kenyataan kerana hampa dengan pandangan sesetengah pihak yang berminda kecil ini," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Pada masa sama, Kevin turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang disifatkan cuba menghalang kemajuan bola sepak di negara ini dengan melontarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak bernas.
"Bola sepak Malaysia sudah berada di landasan yang betul apabila pelaburan sudah mula masuk dengan nilai yang lumayan.
"Tapi adakah mereka tahu yang mereka sedang menghalang kemajuan dengan mengeluarkan kenyataan bijak pandai yang serba tahu bukan saja mengenai pengurusan Persatuan Bolasepak (FA) dan liga malah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) juga," katanya.
Berdasarkan hukuman yang pernah dikenakan badan pengendali liga itu kepada beberapa pasukan tahun lalu, kemungkinan hukuman pemotongan mata sekali lagi akan dikenakan kepada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Perdana yang masing-masing gagal melengkapkan pendaftaran bagi musim 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan