PEMILIHAN FAM
berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda
yang diusahakan badan induk berkenaan kini berada di landasan tepat.
KUALA LUMPUR: Kejayaan tiga
pasukan muda negara melakar sejarah tahun lalu dengan melangkah ke pusingan
akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membolehkan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan
Dinamik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia
(SAM)-100PLUS 2017, Khamis ini.
Tiga skuad muda negara yang
berjaya menempatkan diri dalam kelompok elit benua itu ialah Skuad Bawah 23
Tahun, Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun.
Pemilihan FAM itu
berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda
yang diusahakan badan induk berkenaan kini berada di landasan tepat.
"Pencapaian itu wajar
diakui kerana ia peningkatan ketara selepas sekian lama bola sepak negara tidak
berjaya untuk beraksi di peringkat tinggi secara kerap.
"Saya percaya
pengiktirafan ini akan menjadi pendorong kepada usaha lebih mantap FAM untuk
menggapai misi jangka panjang meletakkan bola sepak negara di tahap yang layak
dibanggakan," kata Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa.
Pengiktirafan itu juga
hadir ketika FAM begitu gigih mencipta gelombang perubahan baru secara
komprehensif, termasuklah daripada segi penganjuran kejohanan dan juga
pendidikan kejurulatihan.
Antara transformasi yang
diusahakan FAM - serentak dengan pemilihan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim - termasuklah memperkemaskan program kejurulatihan, pencarian
bakat dan penganjuran liga di peringkat negeri.
FAM juga kini menjalin
kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Program Pembangunan
Bolasepak Negara (NFDP) yang menjadi kilang penghasilan bakat muda secara
berterusan.
SAM akan sekali lagi
memberikan pengiktirafan kepada seluruh warga sukan negara menerusi penganjuran
Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2017 yang akan berlangsung di Hotel Hilton,
Petaling Jaya, Khamis ini.
Majlis Anugerah SAM-100PLUS
menjadi platform pengiktirafan terbaik selepas rentetan pencapaian hebat atlet
negara dalam mewarnai kancah sukan negara sepanjang tahun lalu.
Atlet terbaik akan bersaing
untuk dua kategori anugerah utama - Atlet Terbaik SAM-100Plus 2017 dan Atlet
Para Terbaik 2017.
Majlis anugerah berkenaan
juga memberi pengiktirafan kepada warga kewartawanan sukan menerusi tujuh
kategori anugerah dipertandingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan