Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 14 Februari 2018

Cheng Hoe banyak 'ramuan'



SKUAD Harimau Malaya memiliki cukup ramuan untuk menggegar saingan Piala AFF penghujung tahun ini sekiranya 10 pemain naturalisasi yang beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga-M) disenaraikan oleh pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Berdasarkan senario semasa liga tempatan, kejayaan beberapa pasukan mengesan pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia bukan sahaja menguntungkan pasukan negeri, malah turut memberi tempias positif kepada skuad negara.
Menerusi statistik terkini, Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul kelab paling ramai mendaftarkan pemain berstatus naturalisasi seperti Natxo Insa, La’Vere Corbin-Ong, Darren Lok dan Junior Eldstal.
Ia diikuti Melaka United iaitu Khair Jones dan Nicholas Ryan Swirad, selain Matthew Davies (Pahang), Brendan Gan (Perak), Lee Andrew Tuck (Terengganu FC) serta Kiko Insa yang menyarung jersi kelab divisyen satu Thailand, Bangkok Glass.
Bekas pengendali Timor Leste yang kini membimbing skuad Liga Super Kuala Lumpur, Fabio da Silva turut mengakuinya dan percaya ‘generasi emas’ dapat mengubah nasib skuad Harimau Malaya.


CORBIN Ong (kiri) antara pemain naturalisasi. FOTO/FAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan