Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 21 Februari 2018

Bekas penjaga gol terbaik Asia meninggal dunia


Chee Keong pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Asia

KUALA LUMPUR - Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong disahkan meninggal dunia di Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLL) hari ini yang memberitahu menerusi laman facebook rasmi mereka.
"Chee Keong menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, jam 8.08 pagi ini pada umur 69 tahun," kata FMLLP dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, Chee Keong pernah dinobat sebagai penjaga gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) lima tahun berturut dari 1966 hingga 1970. - K ONLINE!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan