Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 15 Januari 2018

Waspada kebangkitan Malaysia: Teglia

JURULATIH Arab Saudi, Daniel Teglia mengakui anak buahnya perlu berwaspada dengan kebangkitan Malaysia menjelang perhitungan terakhir dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di Kushan, Selasa ini.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan apabila seri 1-1 dengan Jordan di Stadium Changshu semalam selepas dibelasah Iraq 1-4 pada aksi pertama Rabu lalu.
Saingan kumpulan itu untuk merebut dua slot ke suku akhir masih terbuka dengan pendahulu, Iraq seri 0-0 dengan Arab Saudi yang mengutip satu mata selepas seri 2-2 menentang Jordan pada aksi pembukaan.
Teglia percaya, Malaysia tidak akan memberi laluan mudah dengan kedua-dua pasukan turun dengan misi merebut tempat ke suku akhir.
“Sejujurnya, pasukan Malaysia benar-benar bagus (ketika menentang Jordan). Malah, mereka sepatutnya menang. Mereka memiliki dua peluang terbaik (percubaan Akhyar Abdul Rashid dan Matthew Davies) untuk berada di depan tetapi percubaan itu hanya terkena tiang.
“Malaysia memiliki kekuatan di sebelah sayap (Akhyar dan Davies). Ketika ketinggalan 1-3 kepada Iraq, Malaysia hampir berjaya mencari gol penyamaan tetapi kesilapan individu menyebabkan mereka tewas,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Arab Saudi dan Iraq semalam.
Justeru, pengendali dari Argentina itu menjangkakan aksi lebih sengit berdepan Malaysia.

“Malaysia memiliki ramai pemain yang bagus dan saya percaya perlawanan kami akan menyajikan aksi lebih menarik. Sekarang semua pasukan memiliki peluang seimbang untuk layak ke suku akhir dan kami sudah pasti mahu merebut peluang itu,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan