Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 18 Januari 2018

[VIDEO] Daniel Amier semakin bersemangat

DANIEL AMIER NORHISHAM tidak peduli pasukan mana yang akan dihadapi Malaysia dalam suku akhir kerana yang penting adalah persiapan sendiri.

KUNSHAN, China 17 Jan. – Daniel Amier Norhisham semakin bersemangat untuk memastikan skuad negara meneruskan kemaraan setelah jaringannya ketika Malaysia menewaskan Arab Saudi membawa Malaysia ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23.



Video oleh FADHILUL IZMEL ISHAK

Hadir ke China tanpa diberikan harapan, Malaysia mencipta kejutan hasil kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi di Stadium Kunshan semalam menerusi jaringan Daniel Amier pada babak pertama perlawanan.
Ini adalah pencapaian terbaik kedua dicatatkan oleh skuad Datuk Ong Kim Swee setelah mencipta sejarah apabila untuk kali pertama melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan dwitahunan ini.
Kemenangan ke atas naib juara edisi pertama itu meletakkan Malaysia di anak tangga kedua dalam Kumpulan C, di belakang Iraq sekali gus mengecewakan dua pasukan pilihan lain iaitu Jordan dan Arab Saudi.
Daniel Amier yang tenang ketika menyempurnakan apa yang dianggap satu-satunya peluang Malaysia untuk menjaringkan gol pada minit ke-28 ketika menentang Arab Saudi semalam, bagaimanapun berkata jaringannya itu tidak menjadikannya wira pasukan.
“Saya bukan wira walaupun menjaringkan gol tunggal perlawanan kerana jaringan tersebut dapat dihasilkan hasil bantuan daripada rakan sepasukan,” katanya ketika ditemui di hotel penginapan hari ini.
Mengulas mengenai perlawanan suku akhir, pemain berusia 21 tahun itu berkata dia tidak kisah siapa lawan yang bakal dihadapi kerana sudah membuktikan Malaysia mampu bersaing walaupun diletakkan dalam kumpulan sukar dibarisi Iraq, Jordan dan Arab Saudi.
“Sebelum ini kami tidak menetapkan sasaran untuk ke suku akhir, bagaimanapun selepas berjaya melakukannya saya fikir kami tidak sepatutnya mensia-siakan peluang yang ada.
“Kalau ada rezeki mungkin kami akan ke separuh akhir dan kemudian ke perlawanan akhir. (Apapun) saya fikir kami telah berjaya membuktikan bahawa Malaysia boleh bersaing di pe­ringkat tertinggi.
“Kami sudah membuktikan kemampuan kami apabila berjaya melepasi peringkat kumpulan yang dibarisi pasukan dari Asia Barat. Saya tidak kisah siapa lawan yang kami akan hadapi dalam peringkat suku akhir cuma kami perlu melakukan persiapan dengan lebih mantap,” katanya. – UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan