Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 25 Januari 2018

Terima kasih TMJ: Kim Swee

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee enggan mensia-siakan peluang keemasan untuk berguru di bumi Sepanyol pada Mac ini.
Beliau bakal menimba ilmu kejurulatihan bersama kelab La Liga, Atletico Madrid dalam tempoh antara satu atau dua bulan seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.
Kim Swee menganggap bukan mudah untuk mendapat peluang itu sekiranya Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak mempunyai kerjasama dengan kelab berkenaan.
"Terima kasih kepada Tunku Ismail kerana memberi peluang yang cukup besar ini kepada saya bagi menambah pengetahuan dan ilmu dalam bola sepak termasuk dalam padang dan luar padang.
"Ia juga membuktikan Tunku Ismail bukan saja amat prihatin terhadap pemain, malah juga barisan kejurulatihan, terutama jurulatih tempatan," katanya, hari ini.
TMJ pada satu majlis di Johor Bahru, semalam berkata, beliau percaya pendedahan itu mampu meningkatkan lagi kualiti kejurulatihan Kim Swee dan beri impak positif untuk membimbing skuad B-23.
Kim Swee berjaya mencipta sejarah baharu bola sepak negara apabila skuad B-23 mara hingga ke suku akhir Kejohanan B-23 AFC di China sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
DATUK Ong Kim Swee menganggap bukan mudah untuk mendapat peluang itu sekiranya Tunku Ismail tidak mempunyai kerjasama dengan kelab La Liga, Atletico Madrid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan