DARIPADA pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan, Daniel
Amier Nor Hisham kini menjadi sandaran utama untuk memacu impian skuad negara
memburu tempat ke suku akhir Kejohanan Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23)
Tahun di Kunshan, China.
Pada awalnya, percaturan pengendali Datuk Ong Kim Swee
menurunkan Daniel, 21, ketika aksi menentang Iraq amat mengejutkan sedangkan
Nor Azam Azih biasa digandingkan bersama Syamer Kutty Abba di bahagian tengah.
Namun, pemain FELDA United
itu membalas kepercayaan Kim Swee dengan aksi baik meskipun tewas 1-4 kepada
Iraq pada perlawanan pertama Kumpulan C.DANIEL Amier Nor Hisham (kiri) pemain tenang dan bijak melorongkan bola kepada Akhyar Abdul Rashid yang menjadi punca sepakan penalti ketika menentang Jordan.
Bukan saja tenang mengawal
bahagian tengah, malah Daniel bijak melorongkan bola kepada Akhyar Abdul Rashid
yang menjadi punca sepakan penalti ketika seri 1-1 menentang Jordan.
"Saya bersyukur kerana
mendapat kepercayaan daripada jurulatih untuk bermain di dalam kesebelasan
utama walaupun sedar saya bukan pilihan sebelum ini.
"Saya sentiasa mahu
berikan aksi lebih baik berbanding dua perlawanan itu. Pengalaman daripada
perlawanan berkenaan memberikan saya lebih keyakinan andai diberi peluang
bermain menentang Arab Saudi," katanya ketika ditemui pada sesi latihan
hari ini.
Malaysia pada satu ketika
mampu memberikan permainan menarik dengan corak hantaran pendek dalam dua
perlawanan awal tapi sayangnya aksi itu tak bertahan lama apabila bola mudah
dirampas pemain lawan.
Ia diakui sendiri oleh
Daniel, bekas pelatih Frenz United yang mahu semua pemain meningkatkan prestasi
andai mahu mencipta kejutan ke atas Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan di
Stadium Kunshan, esok.
"Saya rasa kita sudah
berani bermain hantaran pendek walaupun kami diasak dengan pasukan lawan tetapi
kami masih berani. Kami mahu bermain lagi hantaran pendek tetapi dalam masa
sama, kami mahu lebih berani dan yakin untuk buat hantaran pendek,"
katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan