Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 16 Januari 2018

Kim Swee resah pemain sakit

KUNSHAN, China 15 Jan. - Malaysia menerima tamparan menjelang perlawanan getir menentang Arab Saudi esok apabila lima pemainnya mengalami kecederaan dan menghadapi masalah kesihatan, malah dikhuatiri tidak dapat diturunkan dalam aksi terakhir Kumpulan C, Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23).
Penyerang utama, Safawi Rasid mengetuai senarai pemain yang cedera bersama Akhyar Rashid serta Dominic Tan, manakala Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari belum pulih daripada demam.
Safawi, Dominic serta Akhyar merupakan tonggak utama Malaysia dalam dua perlawanan pertama, dan perkembangan terbaharu ini pastinya meresahkan pengendali skuad Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee.
“Dominic mengalami hentakan di paha, manakala Safawi kekejangan otot dan Akhyar cedera di lutut. Saya tidak dapat pastikan sama ada mereka dapat diturunkan esok dan semuanya bergantung kepada keadaan.
“Selain itu juga, dua pemain saya iaitu Syamer dan Syahmi pula demam. Kami perlu memantau perkembangan mereka sebelum perlawanan.
“Bagaimanapun saya membawa 23 pemain ke sini dan saya percaya, mereka mampu beraksi baik sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama,” kata Kim Swee kepada pemberita di Pusat Arena Aktiviti Sivik Kunshan hari ini.
Ketika ditanya apa perancangannya jika penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi yang meledak dua gol setakat ini tidak dapat diturunkan, Kim Swee berkata, beliau mempunyai pilihan untuk menggantikannya dengan Hadi Fayyadh Abdul Razak atau R. Kogileswaran, namun N. Thanabalan masih dihimpit masalah hamstring.
Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai kebimbangan yang menghantui pasukan negara kerana perlu memberi tumpuan kepada perlawanan memandangkan semua pasukan dalam Kumpulan C masih berpeluang ke suku akhir.

Malaysia kini menghuni tangga tercorot dengan satu mata selepas kalah 1-4 kepada Iraq dalam aksi pembukaan, sebelum mengikat Jordan 1-1 dalam perlawanan kedua. - UTUSAN ONLINE
PEMAIN negara menjalani latihan di Arena Aktiviti Sivik Kunshan, China dalam persiapan menghadapi Arab Saudi esok. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan