Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 15 Januari 2018

Skuad B-23 negara tiada tekanan

KUNSHAN, China 14 Jan. - Jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan beliau tidak berasa tertekan untuk menghadapi Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan C Kejuara­an Bawah 23 Konfederasi Bola Sepak Asia di Stadium Kunshan pada Selasa ini.
Perlawanan tersebut merupakan peluang terakhir Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir memandangkan persaingan bagi keempat-empat pa­sukan dalam Kumpulan C masih terbuka luas.
Walaupun Malaysia menghuni tangga tercorot dengan satu mata namun Arab Saudi yang menduduki tempat ketiga berkongsi dua mata dengan Jordan tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol manakala Iraq di tempat teratas mengumpul empat mata.
Jurulatih dari Melaka itu berkata, tumpuan pastinya diberikan kepada skuad kendalian Daniel Edgardo menandangkan Arab Saudi merupakan pasukan yang kuat, malah berdasarkan rekod kejohanan mereka pernah muncul naib juara edisi 2013.
“Arab Saudi tidak mempu­nyai banyak perbezaan dengan pasukan Arab yang lain seperti Iraq dan Jordan. Mereka memiliki corak permainan yang pantas dan skil individu pemain yang baik dan boleh memberi masalah terutamanya di bahagian benteng pasukan.
“Sudah tentu Arab Saudi adalah pasukan pilihan untuk perlawanan Selasa ini dan saya tahu mereka pasti mahukan sekurang-kurang­nya satu mata untuk mara ke pe­ringkat suku akhir.
“Bagaimanapun, pada masa sama kita juga memerlukan kemenangan untuk memastikan tiket ke suku akhir menjadi milik Malaysia. Saya fikir pasti Arah Saudi lebih tertekan kerana mereka juga memerlukan keputusan positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas latihan di sini hari ini.
Peluang Malaysia untuk melepasi peringkat kumpulan kembali cerah apabila berjaya mengikat Jordan 1-1 dalam aksi kedua di Stadium Changshu semalam. Pada aksi pertama Malaysia menerima tamparan apabila dibelasah 4-1 oleh Iraq di venue yang sama Rabu lalu.
Mengulas lanjut mengenai keadaan pemain, Kim Swee berkata, tiada anak-anak buahnya berdepan hukuman penggantu­ngan perlawanan namun bimbang dengan beberapa pemain yang mengalami kecederaan.

“Tiada pemain yang digantung tetapi Safawi Rasid, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak dan Irfan Zakaria menghadapi sedikit kecede­raan tetapi saya akan memantau keadaan mereka sama ada boleh bermain menentang Arab Saudi atau tidak,” katanya.
ONG KIM SWEE (kanan) tetap yakin kemampuan anak-anak buahnya untuk menghadapi Arab Saudi berdasarkan aksi menarik yang dipamerkan ketika seri 1-1 dengan Jordan, kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan