Skuad muda negara mampu lakar kejutan ke atas
Arab Saudi untuk mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23
SKUAD muda negara berpeluang
untuk melakar sejarah dalam arena bola sepak Malaysia sekiranya layak ke
peringkat suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun
(B-23) di China.
Namun skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee
perlu melepasi halangan pasukan pilihan, Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan
C di Stadium Kunshan hari ini.
“Saya tidak mahu menyentuh pasal sejarah
atau apa yang kita akan capai. Apa yang penting, beraksi dengan cemerlang
seperti perlawanan terdahulu dan tidak meletakkan tekanan ke atas diri sendiri.
“Pemain harus berusaha seperti mana mereka
tunjukkan ketika menentang Jordan dan saya percaya dengan disiplin cukup tinggi
ketika di atas padang, kita mampu layak ke peringkat lebih baik.
“Ini adalah peluang untuk semua pemain,
bukan sahaja sejarah negara tetapi mencipta sejarah peribadi mereka sendiri,”
katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum sesi latihan di Arena Pusat
Aktiviti Masyarakat Kunshan, semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan