Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 11 Januari 2018

Mental Malaysia tak koyak - Safawi

CHANGSHU, China 10 Jan. - Penyerang negara, Safawi Rasid menegaskan kekalahan besar yang dialami Malaysia tidak akan menjejaskan mental dan semangat pasukan bagi menghadapi Jordan dalam aksi kedua Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23), Sabtu ini.
Malaysia memulakan kempen Kumpulan C dengan langkah kiri apabila dibelasah 4-1 oleh Iraq di Stadium Changshu hari ini, namun penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tetap optimis dengan kemampuan pasukannya.
Kata Safawi, walaupun tewas, mereka masih mampu memberi saingan kepada Iraq yang merupakan juara 2013 apabila dia meledak gol tunggal pada minit ke-79.
“Tiada apa yang membezakan Malaysia dan Iraq. Kami sebenarnya sama sahaja, tetapi disebabkan pemain kita lambat mendapat keyakinan menyebabkan kita dihukum oleh lawan.
“Alhamdulillah saya dapat menjaringkan satu gol dan membantu pasukan. Mungkin untuk aksi seterusnya kami perlu mengurangkan kesilapan sendiri. Mungkin ramai yang melihat kami bermain dengan kurang bagus, jadi saya fikir kami perlu fokus untuk perlawanan kedua.
“Kami perlu lebih yakin untuk perlawanan kedua sebab saya fikir kami boleh memberi saingan. Keputusan yang dicatatkan hari ini tidak akan menjejaskan mental dan semangat saya bersama rakan-rakan untuk menghadapi aksi seterusnya,” katanya kepada Utusan Online hari ini.
Dalam perlawanan itu tersebut, gol Malaysia dibolosi seawal minit kelima menerusi tandukan Mohammed Khalid Jaffal Al-Jumaili sebelum Amjed Attwan Kadhim meledak gol kedua pada minit ke-28 selepas Syazwan Andik Mohd. Ishak gagal mengeluarkan bola dengan sempurna dari kawasan kotak penalti.

Kealpaan pertahanan Malaysia terus dihukum oleh anak-anak buah Abdul Ghani Shahad apabila Alaa Ali Mhawi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-57 sebelum Hussein Al-Saedi meledak gol keempat pada minit ke-81 selepas bijak memanfaat kesilapan yang dilakukan pemain tengah negara, Nor Azam Abdul Azih. Gol saguhati Malaysia diperoleh menerusi jaringan Safawi pada minit ke-79. - UTUSAN ONLINE
SAFAWI RASID diasak pemain Iraq, Hussein Al-Saedi (kiri) dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C, Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Changshu, China hari ini. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan