Selesa dilabel bukan pilihan, berbanding Arab
Saudi terdesak buru kemenangan
KUNSHAN, China – Ketua
jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee (gambar kecil) tidak
berminat untuk memberikan reaksi terhadap pujian pengendali Arab Saudi, Daniel
Teglia menjelang aksi terakhir Kumpulan C Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) B-23 di Stadium Kunshan esok.
Kelmarin, Teglia menghamburkan pujian atas
persembahan pasukan muda negara ketika mengikat Jordan 1-1 di Stadium Changshu,
sekali gus meramalkan saingan sengit bakal berlaku esok.
Dua
slot layak ke suku akhir kembali terbuka dan ditentukan pada perlawanan
terakhir selepas pendahulu Kumpulan C, Iraq sekadar seri tanpa jaringan bertemu
Arab Saudi.
Iraq
yang tampil sebagai pasukan pilihan untuk layak ke pusingan suku akhir,
memiliki kelebihan empat mata, disusuli Jordan dan Arab Saudi berkongsi dua
mata, manakala skuad negara hanya sekadar meraih satu mata.
Namun,
kemenangan ke atas Arab Saudi akan mencerahkan peluang skuad bimbingan Kim Swee
untuk melepasi peringkat seterusnya tetapi pengendali kelahiran Melaka itu
tidak berminat untuk bermain psikologi dengan Teglia dengan mendedahkan Arab
Saudi merupakan pasukan pilihan.
Lebih
tepat, Kim Swee, 47, tanpa berselindung menganggap Arab Saudi sepatutnya
tertekan menjelang aksi terakhir Kumpulan C jika dibandingkan dengan pasukan
muda negara.
“Pasukan
Arab Saudi tiada banyak perbezaan berbanding Iraq serta Jordan yang mana mereka
mempunyai corak permainan pantas dan para pemain memiliki skil individu cukup
baik yang boleh memberikan banyak masalah kepada kita.
“Sudah
tentu Arab Saudi merupakan pasukan pilihan. Seperti mana kita tahu, mereka
kemungkinan ingin mendapatkan satu mata sahaja untuk layak (ke pusingan suku
akhir AFC B-23).
“Pada
masa sama, kita perlukan kemenangan untuk membuka laluan semula layak ke
pusingan seterusnya.
“Saya
rasa pasti Arab Saudi akan rasa tertekan yang mana mereka perlu mendapatkan
keputusan lebih baik daripada kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di
sesi latihan di Changshu semalam.
Sementara
itu, Kim Swee turut mengesahkan tiada pemain yang digantung tetapi beliau
dihimpit masalah kecederaan apabila tonggak utama negara, Safawi Rasid
mengalami kecederaan.
Bekas
jurulatih Harimau Muda itu hanya memiliki tempoh 24 jam bagi menilai status
penyerang Johor Darul Ta’zim itu sebelum sepak mula bertemu naib juara
Kejuaraan AFC B-23 edisi pertama tersebut.
“Tiada
pemain yang digantung (tetapi ada masalah) pemain seperti Safawi, Dominic
(Tan), Syazwan Andik dan Irfan Zakaria mempunyai sedikit kecederaan tetapi kita
akan lihat esok (hari ini) di Kunshan sama ada boleh beraksi ataupun tidak,”
ujarnya.
SKUAD
muda negara berpeluang melangkah ke peringkat suku akhir Kejuaraan AFC B-23
andai berjaya menjinakkan Arab Saudi pada aksi terakhir di Stadium Kunshan
esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan