"Persatuan bola sepak
negeri juga perlu menjaga pemain ini apabila mereka balik ke pasukan
masing-masing, kita harapkan persatuan bola sepak negeri menjaga mereka dan
cuba bangunkan lagi," katanya yang juga pengurus skuad B-23 kebangsaan.
Banyak pihak khususnya
penyokong tempatan melihat barisan pemain B-23 adalah sandaran masa depan bola
sepak negara selepas mempamerkan prestasi baik di Kejohanan AFC B-23.
Anak buah Kim Swee layak ke
suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan C menerusi kemenangan 1-0 ke atas
Arab Saudi, 1-1 dengan Jordan dan tewas 1-4 kepada Iraq.
Mereka juga hampir
melakukan satu lagi kejutan namun dikecewakan dengan kekalahan kepada finalis
2016, Korea Selatan 1-2 pada aksi suku akhir.
Paling penting, selepas ini
adalah misi untuk layak ke pusingan akhir kejohanan sama pada 2020 dalam
merebut kedudukan empat pasukan terbaik andai mahu beraksi di Sukan Olimpik
Tokyo 2020.
"Walaupun kita gagal
di suku akhir, kita dapat lihat pemain sudah beri aksi 100 peratus, jadi saya
harap pemain ini akan jadi pemain harapan pada masa akan datang serta mengisi
tempat di dalam skuad kebangsaan.
"Kita sudah ada
penanda aras untuk skuad B-23 akan datang, Mulai sekarang kita perlu kuatkan
pasukan kita terutama B-17, B-19 sebelum edisi seterusnya," jelas Yusoff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan