CHANGSHU, China: Penyerang muda negara, Jafri Firdaus Chew
mengharapkan keajaiban di Bangkok berulang apabila mereka mengharungi kempen
Kumpulan C Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Changshu, bermula Rabu ini.
Skuad B-23 negara mara ke pusingan akhir kejohanan kali ini
selepas melepasi kelayakan di Bangkok Julai lalu apabila muncul juara Kumpulan
H meskipun tidak diletakkan banyak harapan pada awalnya.
Biarpun saingan di Changshu lebih sukar apabila diundi bertemu
juara 2013 Iraq, Arab Saudi dan Jordan berbanding di pusingan kelayakan namun
bagi Jafri, sekurang-kurangnya apa yang mereka lalui sebelum ini boleh
dijadikan azimat.
"Situasi ini (di Changshu) mengingatkan saya kembali ketika
kami berada di Bangkok yang mana ketika itu kami berjaya melakar kejutan dan
sudah pasti saya berharap ia akan berlaku lagi kerana dalam bola sepak tiada
apa yang mustahil," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada pusingan kelayakan, anak buah Datuk Ong Kim Swee
mengejutkan Indonesia 3-0 namun tewas 0-3 di tangan Thailand sebelum
mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan H dengan kemenangan 2-0 ke atas
Mongolia.
PENYERANG B-23 negara, Jafri Firdaus Chew mengharapkan keajaiban di Bangkok berulang pada kempen Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di Changshu, bermula Rabu ini. - Foto Asyraf Hamzah
Skuad muda negara yang
layak buat kali pertama ke pusingan akhir berdepan ujian lebih getir menentang
Iraq di Stadium Changshu, Rabu ini sebelum menentang Jordan (13 Januari) dan
Arab Saudi (16 Januari) dalam saingan Kumpulan C.
"Jika kami berjaya
mendapatkan satu mata (menentang Iraq), ia sudah cukup bagus buat kami. Secara
tidak langsung ia akan memberikan motivasi untuk perlawanan seterusnya.
"Kami perlu berusaha
keras sebagai satu pasukan ketika bertahan dan menyerang kerana kami sedar Iraq
pasukan hebat," kata Jafri yang menyertai kelab Liga Super, PKNS FC musim
depan.
JAFRI Firdaus (dua dari kanan) dan rakan sepasukan perlu berusaha keras ketika menentang Iraq di Stadium Changshu, Rabu ini. - Foto Osman Adnan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan