KUNSHAN 19 Jan. -
Berhenti bercakap tentang kehebatan lawan, fokus kepada permainan sendiri dan
cuba lakar kejutan apabila menentang Korea Selatan dalam suku akhir Kejohanan
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Stadium Kunshan, China
esok.
Pengendali Malaysia,
Datuk Ong Kim Swee menegaskan, biarpun misi menjinakkan naib juara 2016 itu
tidak mudah, namun beliau telah menyiapkan pasukan untuk melakukan yang
terbaik, termasuk menghadapi penentuan sepakan penalti.
Kekalahan mengejut juara
bertahan, Jepun 0-4 kepada Uzbekistan pada suku akhir hari ini turut membuka
mata Malaysia bahawa apa sahaja boleh berlaku.
“Korea Selatan memiliki
banyak pengalaman beraksi di pentas besar dan saya tidak nafikan skuad muda
mereka bagus, namun saya fikir sudah sampai masanya kita berhenti bercakap
tentang sejarah sebab lebih baik kita fokus kepada suku akhir.
“Diberi kepercayaan
untuk ke final memang sesuatu yang bagus tetapi kita juga harus realistik
apabila bercakap sama ada kita boleh layak ke peringkat seterusnya atau tidak,
kita perlu melihat sudut yang berbeza. Apa jua keputusan yang dilakar esok kita
perlu terima.
“Bagaimanapun kami
menyertai kejohanan ini untuk menimba pengalaman dan cuba mencipta kejutan.
Saya sudah bersedia menghadapi pertarungan selama 90 minit atau 120 minit,”
kata Kim Swee dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Menurut Kim Swee,
biarpun Korea Selatan adalah pilihan untuk menjuarai kejohanan ini, namun
mereka juga memiliki kelemahan.
Membenarkan gawang
dibolosi dua gol ketika menewaskan Australia 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan D
membuktikan pasukan itu tidaklah terlalu kebal.
Malaysia pula melakar
kejutan mengalahkan naib juara 2013, Arab Saudi 1-0 dalam aksi terakhir
Kumpulan C. Terdahulu mereka mengikat Jordan, pasukan tangga ketiga pada 2013,
1-1 dan tewas 1-4 kepada Iraq.
Sementara itu, empat
pemain negara berdepan kecederaan iaitu Dominic Tan (kaki), Syazwan Andik
(hamstring), Irfan Zakaria (paha) dan Matthew Davies (betis), manakala Syahmi
Safari demam.
PEMAIN Malaysia menjalani latihan di Padang Latihan Pusat Kunshan, China semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan