Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 7 Januari 2018

Apa nak takut: Ifwat

’KITA tak perlu takut kerana kita juga ada kelebihan tersendiri,” kata penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Ifwat Kamal Chek Kassim menjelang pertembungan dengan Iraq dalam saingan Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 di Changshu, China Rabu ini.
Aksi pembukaan menentang skuad juara 2013 itu pasti cukup mencabar buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang tampil buat kali pertama di kejohanan berkenaan.
Malah, bahang pertemuan itu mula dirasai pemain negara apabila pemain Iraq melancarkan perang psikologi dalam usaha untuk mengganggu mental mereka.
Bagaimanapun, Ifwat menggesa rakan sepasukan supaya terus kekal fokus tanpa menghiraukan tindak balas pemain lawan di luar padang.
“Mereka cuba menakutkan kami, cuba gertak kami tetapi sejujurnya, kami tidak takut dengan perkara sebegini, kami tak perlu panik dan buat seperti biasa sahaja.
“Kami akan buat seperti apa yang jurulatih (Kim Swee) arahkan, jangan terlalu hormat kepada mereka sebab kita harus sedar Malaysia juga adalah pasukan terbaik kerana kita mampu layak bermain di pusingan akhir ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, hari ini.
Dalam laporan akhbar ini semalam, seorang lagi penjaga gol negara, Haziq Nadzli mendakwa pemain Iraq cuba mengganggu pemain negara dengan merenung secara berdepan dan ‘buat muka’ di hotel penginapan pasukan.
Menurut Ifwat, biarpun Malaysia dianggap pasukan bukan pilihan dalam saingan kumpulan, namun itu tak bermakna peluang mereka sudah tertutup.

“Kami akan cuba mengutip mata seberapa banyak yang boleh untuk layak ke pusingan seterusnya. Ia bukan mustahil untuk melakukannya,” kata tonggak utama Kedah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan