Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 7 Januari 2018

Apa barang main 'saiko'

JURULATIH negara, Datuk Ong Kim Swee percaya serangan psikologi yang dilakukan Iraq tidak akan memberi kesan kepada fokus anak buahnya menjelang aksi pembukaan Kumpulan C Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Changshu, China Rabu ini.
Beliau percaya anak buahnya sudah bersedia daripada segi mental meskipun mengakui pertembungan dengan Iraq itu di Stadium Changshu bakal menyajikan aksi tegang.
“Itu (gangguan pemain Iraq) pada saya adalah dari segi psikologi dan pemain kita mengambil cara yang lebih profesional dan itu tak mengganggu persiapan kita.
“Kita harus hormat setiap pasukan lawan tapi dalam masa sama kita kena buktikan kita lebih matang dalam padang.
“Setiap perlawanan akan menjadi amat tegang bukan saja dengan Iraq tapi Jordan dan Arab Saudi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Haiyu, di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pemain negara mendakwa ada pemain Iraq cuba mengganggu mental dengan bertemu secara berdepan dan merenung sambil ‘buat muka’ seperti mahu menakutkan serta memperlekehkan mereka di hotel penginapan.
Situasi itu memberi gambaran awal betapa hangatnya pertemuan Malaysia dan Iraq pada perlawanan pertama Kumpulan C sebelum bertemu Jordan pada 13 Januari dan Arab Saudi (16 Januari).
Skuad negara meneruskan latihan seperti biasa dan Kim Swee percaya anak buahnya semakin bersedia untuk tampil kali pertama menentang tiga pasukan gergasi Asia Barat itu.

“Tak ada banyak yang kita boleh ubah, semua pemain sudah bersedia beraksi, yang penting semua pemain kekal fokus terutama 48 jam sebelum sepak mula, saya tak nak perkara tak diingini berlaku,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan