Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

MSL 2020: Pahang Lebur Rekod 5 Perlawanan Tanpa Kalah Kedah

AdaAdam Reed Pahang Kedah Liga Super 2020m Reed Pahang Kedah Liga Super 2020

Pahang bangkit menerusi jaringan Adam Reed dan Nik Sharif Haseefy untuk menang 2-1 ke atas Kedah dalam aksi CIMB Liga Super 2020, sebentar tadi.

Mereka berjaya menyekat rekod kemenangan Kedah sebelum ini – lima perlawanan berturut-turut selain meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada Helang Merah di halaman sendiri sejak musim 2011. Malam yang sukar buat ‘Duo K’ Kedah.

Walaupun bermula garang dengan beberapa asakan ke kubu Kedah, namun mereka telah dihukum atas kelalaian sendiri apabila serangan balas pantas pelawat berjaya menghasilkan jaringan pertama menerusi sentuhan Kipre Tchetche di minit ke-15.

Ini merupakan kali pertama selepas tiga perlawanan, Kedah terlebih dahulu membuka jaringan untuk mendahului perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Kipre Tchetche mengubat kekecewaannya tiga minit sebelum itu selepas gagal menyudahkan peluang pertama Kedah. Kesilapan Helmi Eliza yang telah keluar meninggalkan gawangnya membawa padah apabila diperdaya penyerang itu.

Tuan rumah tampil baik dengan dua percubaan awal di minit ke-6 dan ke-10 menerusi pemain tengah, Faisal Halim, namun gagal menewaskan Shahril Sa’ari yang diberikan tanggungjawab sekali lagi sebagai penjaga gol utama Helang Merah pada malam ini.

Tok Gajah berjaya dengan perancangan mereka menekan sebelah kanan Kedah yang turun tanpa Rizal Ghazali. Tempatnya diambil alih oleh Norfiqrie Talib buat kali pertama dan kelihatan beberapa kali posisi tersebut agak longgar menahan asakan lawan.

Dan hasilnya, mereka berjaya mendapat jaringan penyamaan di minit ke-40 bermula dengan asakan di sebelah posisi tersebut. Walaupun Shahril Sa’ari berjaya menafikan percubaan Ivan Carlos, rembatan susulan Adam Reed berjaya mengegar jaring.

Pahang tidak menunggu lama sebaik babak kedua bermula dengan jaringan kedua menerusi rembatan deras Nik Sharif Haseefy yang menerima hantaran Faisal Halim sebelum menewaskan bek tengah, Irfan Zakaria di kawasan penalti lawan.

Kehadiran semula Herold Goulon di benteng berganding bersama Muslim Ahmad berjaya memperlihatkan disiplin bertahan yang baik apabila mereka merantai baik pergerakan dua penjaring utama Kedah, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Kpah Sherman terutamanya tenggelam sejak wisel permulaan dengan pergerakannya adakala diganggu oleh sekurang-kurangnya tiga pemain. Ini memaksa Aidil Sharin mengarahkan pemain-pemain di jentera hadapannya bertukar-tukar posisi mereka.

Sejak Tok Gajah meledak jaringan pendahuluan di permulaan babak kedua, Helang Merah dilihat hilang punca dengan beberapa pertukaran seperti kemasukkan Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel dilihat gagal menyuntik sesuatu yang lebih segar.

Menuju 10 minit terakhir barulah Kedah meningkatkan tekanan ke benteng lawan, namun pergerakan Kpah Sherman beberapa dicantas oleh pertahanan tuan rumah. Satu malam yang pastinya mahu dilupakan segera oleh penyerang tersebut.

Kemenangan tersebut membolehkan Pahang merekodkan kemenangan ke-4 mereka musim ini dan mengumpul 13 mata daripada sembilan perlawanan, sementara Kedah pula tewas buat kali pertama sejak liga kembali bersambung pada penghujung Ogos.

KREDIT FEATURED IMAGE: PAHANG FA    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan