Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 19 September 2020

Melaka waspada ancaman PJ City

 



PERTEMUAN Melaka dan PJ City tetap diramal sengit walaupun tuan rumah memiliki kelebihan berbanding pelawat pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput esok.

Bekas pemain Kuala Lumpur Yahya Ibrahim berkata, saingan kedua-dua pasukan tetap menarik dengan pelawat pastinya berazam mengejutkan tuan rumah.

Katanya, jika sedikit alpa Melaka bakal bermasalah untuk memenangi perlawanan terutama jika lawan berjaya menampilkan karakter sebenar mereka.

"Pada saya PJ City mempunyai barisan mantap yang boleh bertindak luar biasa jika mereka berjaya manfaat peluang terhidang.

"Malah rekod dan sejarah mereka yang sering kali mengejutkan Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh menghantui mana-mana pasukan," katanya.

Sehubungan itu, apa yang pasti kelebihan beraksi di laman sendiri tambahan rekod cemerlang skuad Hang Tuah sebelum ini harus digunakan sebaik mungkin bagi melayan kehadiran lawan.

Yahya berkata, senjata utama Melaka menerusi gandingan penyerang import Uche Agba dan Sony Norde dijangka akan bertindak garang merobek gawang lawan terutama jika pertahanan pelawat terleka.

Sementara itu, pengurus Melaka, Muhammad Akram Abdullah berkata prestasi memberangsangkan menerusi dua kemenangan dan sekali seri selepas aksi bersambung bukan tiket memandang mudah kehadiran lawan.

Justeru, rekod bersih terbabit menjadi aset berharga untuk dikekalkan dengan sasaran mengumpul tiga mata penuh.

Beliau berkata, kesempatan terbaik beraksi tempat sendiri harus digunakan untuk terus memperbaiki kedudukan di carta liga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan