FIFA Ajak Negara Anggota Berubah
Seluruh warga bola sepak dunia diajak menjadi ejen perubahan dan reformasi bagi membentuk masa depan dan hala tuju sukan itu yang bebas daripada rasuah, unsur perkauman dan nilai-nilai toksik.
FIFA mengajak negara anggotanya menolak semua bentuk diskriminasi kaum, rasuah dan gejala mengatur keputusan perlawanan serta penderaan kanak-kanak dalam memastikan generasi hari ini dan akan datang bermain bola sepak dalam persekitaran yang selamat.
Dalam ucapannya pada Kongres FIFA ke-70 yang diadakan secara maya, Presiden FIFA, Gianni Infantino menggesa delegasi dari 211 negara anggotanya agar tidak berpeluk tubuh tetapi sebaliknya mencari jalan memastikan bola sepak benar-benar bersifat global.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, menyifatkan ucapan dasar Infantino sebagai menepati sentimen negara anggota yang mahukan bola sepak tidak menjadi milik eksklusif sesetengah benua atau negara-negara tertentu.
Kongres yang dikendalikan oleh Infantino sambil dibantu setiausaha agungnya, Fatma Samoura, berjalan selama hampir dua jam bermula 9 malam waktu Malaysia.
Meletakkan sasaran hingga 2023 untuk menjadikan bola sepak bersifat global di setiap peringkat, FIFA akan memberi fokus kepada tadbir urus yang telus, pertandingan yang lebih adil serta pendidikan.
“Sebenarnya wabak COVID-19 membuka mata warga bola sepak dunia untuk bermuhasabah diri dan mencari jalan untuk menjadikannya sebagai satu industri yang telus yang menggalakkan nilai-nilai murni.
"Infantino menekankan kesihatan sebagai agenda utama yang mengatasi kepentingan bola sepak tetapi pada masa yang sama mengajak semua negara anggotanya untuk mencari jalan agar bola sepak bersifat sejagat,” kata Datuk Haji Hamidin.
Turut serta dalam kongres secara maya itu, Naib Presiden FAM, Dato' S Sivasundaram
dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Infantino memulakan kongres dengan sesi memperingati pengamal, pemain dan legenda bola sepak yang meninggal dunia sepanjang 2020, termasuk termasuk tiga dari Malaysia iaitu mendiang Vinayak P Pradhan iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Etika FIFA, bekas pengadil FIFA; Jaswant Singh Sran dan anggota skuad ke Sukan Olimpik 1972, V. Krishnasamy.
Kongres FIFA yang buat pertama kali diadakan secara maya ini asalnya dijadualkan diadakan di Addis Ababa, Ethiopia, pada Jun lalu tetapi ditangguhkan ekoran COVID-19.
Datuk Haji Hamidin bersetuju dengan saranan Infantino agar dalam era globalisasi ini, keluarga bola sepak dunia memikirkan cara terbaik agar Piala Dunia FIFA dan semua pertandingan anjurannya bukan dikuasai kelompok pasukan negara atau kelab yang kecil.
“Jika hari ini hanya 10 pasukan dianggap mampu untuk menjulang Piala Dunia FIFA, kita harus memikirkan bagaimana nanti mencerahkan prospek untuk 50 negara mendapat peluang yang sama.
“Apakah jumlah pertandingan yang ada sekarang memadai, atau haruskah ia dikurangkan atau ditambah? Saya percaya gesaan Infantino ini hadir tepat pada waktunya di saat semua kejohanan antarabangsa ditunda gara-gara wabak COVID-19.” katanya.
---
FIFA Urges Member Countries to be agents of Social Change
The football world has been urged to be the agents to change and reforms in shaping the future of the sport that is free from corruption, racial discrimination and toxic values.
FIFA calls upon its member associations (MAs) to banish against all forms of racial discrimination, corruption and match-fixing as well as child abuse in ensuring today's and future generations play football in a safe and secure environment.
In his speech at the 70th FIFA Congress held via video-conference, FIFA President Gianni Infantino urged delegates from the 211 MAs to work together in making football a truly global sport.
Football Association of Malaysia (FAM) President, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, said Infantino’s speech reflected the sentiments of the majority of the MAs who do not want football to be the exclusive domain of a few.
The Congress, held remotely for the first time ever, ran for almost two hours after commencing at 9pm Malaysian time and was chaired by President Infantino and assisted by FIFA general secretary, Fatma Samoura.
Infantino restated FIFA’s mission in making football truly global by the year 2023 through a more equitable and balanced competition, transparent governance and education.
"As matter of fact, the COVID-19 pandemic has provided us an opportunity to reimagine football from a different perspective and an eye opener in finding ways to make it a transparent industry that promotes noble values.
"While emphasising health as paramount, the football family has been urged to be introspective in making sure football is truly universal," said Datuk Haji Hamidin.
Also present at the virtual congress were FAM Vice President, Dato 'S Sivasundaram
and FAM General Secretary, Stuart Ramalingam.
Infantino began the Congress by paying tribute to football practitioners, administrators, players and legends who had passed on throughout 2020, including three from Malaysia, the late Vinayak P Pradhan, the Deputy Chairman of the FIFA Ethics Committee, former FIFA referee, Jaswant Singh Sran and a member of the 1972 Olympic Games squad, V. Krishnasamy.
The FIFA Congress was originally scheduled to be held in Addis Ababa, Ethiopia, in June but was postponed due to COVID-19.
Datuk Haji Hamidin also echoed Infantino's sentiments that in this globalization era, the football family has to make sure the FIFA World Cup and all its competitions are not being dominated by a select few from certain continents or clubs.
"If today only 10 teams are considered capable of winning the FIFA World Cup, we must think of creating the same prospect and opportunity for 50 countries.
“Is the number of games and competitions now sufficient, or should it be reduced or increased? Infantino's message comes very timely, when the football family has the time to dwell on this in view of the postponement of all international matches due to the COVID-19 outbreak,” he said.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan