Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 24 September 2020

Majoriti pasukan Liga M pilih kekal identiti asal

 

KUALA LUMPUR: Sekalipun mengharungi proses penswastaan, namun majoriti pasukan Liga Malaysia (Liga M) mengambil pendekatan untuk mengekalkan identiti mereka pada pasukan yang bakal 'dilahirkan' itu nanti.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata kebanyakan pasukan membuat keputusan menggunakan nama negeri masing-masing sekalipun perlu bertukar status daripada persatuan bola sepak (FA) kepada pasukan bola sepak (FC).

"Saya rasa ini satu pendekatan yang positif kerana di negara kita, kenegerian sesebuah pasukan itu amat penting kerana ia membabitkan sejarah dan sokongan daripada peminat.

"Sekurang-kurangnya ini membolehkan rasa kekitaan (sense of belonging) itu tetap ada," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan pasukan dalam proses penswastaan, Stuart menjelaskan ketika ini masih ada empat pasukan yang tampak bergelut untuk menyelesaikan proses terbabit dengan tarikh akhir tetap pada 30 September dan tidak akan dilanjutkan.

"Ada pasukan yang menunggu kelulusan dalaman daripada pihak tertentu untuk menggunapakai nama negeri dan semua ini memerlukan masa yang agak panjang buat mereka.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan pada saya, semua itu sudah diselesaikan menerusi keputusan dalaman dan semuanya sedang berjalan lancar di mana mereka dalam proses untuk mendaftarkan syarikat.

"Kita faham dengan situasi ketika ini, ada halangan untuk mereka khususnya membabitkan pihak yang membuat keputusan di peringkat tertinggi. Jadi kelewatan ini atas sebab munasabah dan bukan kerana pasukan tidur atau sebagainya.

"Apapun, kita mengharapkan empat pasukan ini dapat selesaikan secepat mungkin dan FAM sentiasa membantu mereka untuk memberi penjelasan kepada lembaga dan jawatankuasa tertentu pasukan itu bagi memaklumkan kepentingan mengenai penswastaan ini," katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan