Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 24 September 2020

Kedah mahu jadikan Pahang mangsa keenam

 

Aksi Kipre Tchetche ketika menentang Sabah.

ALOR SETAR: Kedah yang menduduki tangga kedua Liga Super menganggap tugas berat menanti mereka apabila berkunjung ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata meskipun berjaya mengekalkan kemenangan kelima berturut-turut selepas menewaskan Sabah 3-1, Isnin lalu tetapi skuad kendaliannya terpaksa melakukan persiapan singkat.

"Pahang pasukan yang hebat dan saya akui ia bukan tugas mudah, apatah lagi kami beraksi di laman lawan.

"Malah, kami perlu melupakan istilah penat, sebaliknya terus berkerja keras bagi memastikan momentum kemenangan dapat diteruskan.

"Justeru, kami kini terus berada di Kuala Lumpur memandangkan cuma lima hari selepas perlawanan menentang Sabah bagi mendapat tempoh rehat yang secukupnya sebelum berangkat ke Kuantan esok," katanya.

Aidil juga berkata skuadnya yang kini menjalani latihan di Shah Alam perlu memanfaatkan tempoh latihan yang lebih singkat bagi memperbaiki setiap kelemahan dan menyusun strategi yang lebih berkesan.

Selepas menentang Pahang, Kedah bakal berhadapan dua lagi aksi mencabar menentang Melaka pada 2 Oktober di Stadium Darul Aman sebelum menamatkan kempen musim ini menentang Perak di gelanggang lawan pada 10 Oktober

Tiada ulasan:

Catat Ulasan