Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 20 September 2020

Kemenangan besar JDT ke atas Selangor bukan nasib

 


Pemain JDT, Safawi Rashid (dua kiri) cuba melepasi kawalan pemain Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor, semalam. - Foto KHIS/Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora menepis tanggapan kononnya kemenangan 6-1 anak buahnya ke atas Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, dekat sini, malam tadi bergantung nasib semata-mata.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Mexico itu menegaskan kejayaan besar itu hasil daripada kesungguhan setiap pemain yang tahu tanggungjawab dipikul selain mereka beraksi dalam satu pasukan.

"Kemenangan yang amat baik bagi kami. Secara peribadi saya tidak percaya kami bernasib baik untuk menang, sebaliknya saya lebih percaya untuk membentuk corak permainan yang ampuh bagi mencapai keputusan positif.

"Apa yang terjadi ketika ini, menang 7-0 ke atas Perak dan kini menang 6-1 ke atas Selangor, adalah keinginan tinggi setiap pemain JDT yang mahu melakar kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi. Jika pemain tidak dahagakan kemenangan, kami berdepan masalah.

"Aksi babak pertama agak kurang berkesan kerana kami menentang pasukan yang ingin tewaskan JDT. Namun sokongan daripada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan penyokong JDT walaupun mereka tiada di stadium menguatkan lagi aura untuk capai kemenangan," katanya

Mora juga berpuas hati dengan permainan Fadhli Shas yang menggantikan Mauricio Dos Santois yang tidak dapat beraksi akibat penggantungn satu perlawanan bergandingan bersama Aidil Zafuan Abd Radzak selepas membentuk benteng pertahanan yang ampuh.

Mengulas mengenai persembahan Diogo Luis Santo yang kembali menemui sentuhan penyudah, Mora menyifatikan pemain import dari Brazil itu memiliki kualiti tersendiri dan tidak semestinya pemain serangan harus menjaringkan sebaliknya pemain itu kerap menjadi `arkitek' pasukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan