Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 27 September 2020

Hilang fokus punca Selangor seri

 

Shah Alam: Hilang fokus dan mudah berasa selesa menyebabkan skuad Gergasi Merah hampir dimalukan UiTM walaupun mendahului separuh masa pertama dengan kedudukan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Mini UiTM Shah Alam, malam kelmarin.

Pengendali Selangor Micheal Feichtenbeiner berkata, pasukannya boleh dikatakan bernasib baik apabila dihadiahkan sepakan penalti pada saat akhir sekali gus berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata untuk mereka.

Beliau yang baru saja memegang skuad utama Selangor tiga hari lalu kini mahu fokus membentuk pasukan lebih mantap pada perlawanan akan datang dengan mahu mengutip mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan di Liga Super.

"Pada perlawanan separuh masa pertama, pemain berjaya menguasai perlawanan sehingga menghasilkan dua gol mendahului lawan.

"Serangan pantas UiTM jelas memerangkap Selangor apabila kelekaan barisan pertahanan dihukum menerusi tiga jaringan pada separuh masa kedua," katanya, di sini.

Sementara itu, Pengendali UiTM Frank Bernhard mengakui masalah keracunan makanan melanda barisan pemain menjejaskan momentumnya untuk membentuk gandingan mantap pada perlawanan malam kelmarin.

"Hampir 10 pemain keracunan makanan sekali gus menyaksikan saya perlu mengubah taktikal pasukan bagi menghadapi Selangor.

"Pada separuh masa pertama dilihat UiTM agak goyah namun kita berjaya bangkit pada separuh masa kedua hingga menghasilkan tiga gol.

"Walaupun kecewa dengan jaringan gol penyamaan pada saat akhir perlawanan namun secara keseluruhan berpuas hati dengan prestasi anak buah yang berjaya membuktikan kemampuan masing-masing," katanya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Selangor boleh menarik nafas lega apabila gol saat akhir menerusi sepakan penalti menyelamatkan pasukan itu daripada pulang dengan tangan kosong sekali gus berjaya mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu UiTM.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan