Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Ahad, 27 September 2020

Aidil akur Kedah tewas

 



Kuantan: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak akur skuad itu gagal menyekat Pahang daripada melakar kemenangan selepas tewas 1-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Namun, beliau berkata, kekalahan itu tidak mengejutkan kerana sudah menjangkakan tentangan sengit bakal dihadapi skuad itu berdasarkan prestasi tuan rumah.

"Pahang adalah sebuah pasukan yang mantap dan memiliki barisan pemain berkualiti. Tahniah kepada Pahang kerana mereka mengutip tiga mata.

"Bagaimanapun, saya tetap memuji persembahan yang dipersembahkan pemain walaupun gagal untuk melakar kemenangan atau sekurangnya mencatat keputusan seri.

"Tumpuan kini ialah untuk mengutip mata apabila bertemu Melaka United dan Perak," kata jurulatih dari Singapura itu.

Pada perlawanan malam tadi, Kedah bermula dengan baik apabila menjaringkan gol pendahuluan hasil jaringan penyerang import, Tchetche Kipre pada minit ke-15.

Namun, dua gol Pahang, masing-masing dijaringkan Adam Reed dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim minit ke-40 dan 46 menyebabkan Kedah berputih mata untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Selepas sembilan perlawanan, Kedah berada pada kedudukan ketiga dengan mengutip 16 mata di belakang pendahulu, Johor Darul ta'zim (JDT) dan Perak di kedudukan kedua.

Berbaki dua perlawanan, skuad Lang Merah itu akan berdepan Melaka United pada 2 Oktober dan Perak (10 Oktober).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan