Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

Feichtenbeiner, takkan tak boleh 'makan' UiTM?

 


Pemangku jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner.

KUALA LUMPUR: Pasukan UiTM FC menjadi ujian pertama buat pemangku jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner pada aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, malam ini.

Walaupun berstatus pasukan universiti, namun beberapa kejutan yang dilakar UiTM dalam beberapa perlawanan sebelum ini membuktikan mereka bukan lawan yang mudah untuk dijinakkan.

Apa yang pasti, Feichtenbeiner wajib mendapatkan kemenangan bagi membuktikan tindakan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memecat B Sathianathan dan melantik beliau selaku pemangku jurulatih adalah tepat.

Beliau yang juga pengarah teknikal Selangor menjelaskan akan melakukan perubahan dalam menerapkan DNA baharu Red Giants.

"Sebagai ketua jurulatih interim, saya akan perlahan-lahan melakukan beberapa perubahan awal dengan mula menerapkan DNA dalam skuad utama Selangor dan memulakan persiapan awal dalam pasukan baharu musim hadapan.

"Saya diamanahkan sebagai pengarah teknikal kelab ini, namun apabila pihak pengurusan meminta saya membantu skuad Selangor maka saya merasakan ia tugas saya untuk melakukannya," katanya.

Isnin lalu, FAS bertindak memecat Sathianathan, dua hari selepas Red Giants dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-1 dengan Selangor kini berada di kedudukan kelapan liga.

UiTM mungkin akan turun dengan lebih bermotivasi selepas melakar beberapa siri kejutan ke atas pasukan besar termasuk menewaskan Terengganu FC dan Pahang yang meletakkan mereka dalam kelompok empat terbaik ketika ini.

Selain itu, Feichtenbeiner berharap penyokong Red Giants boleh bersabar dan meletakkan kepercayaan terhadap proses yang sedang direncanakan buat pasukan itu.

"Penyokong juga perlu mempercayai pemain yang akan meneruskan perjuangan ini dengan saya. Mereka ingin menunjukkan prestasi yang terbaik untuk Selangor dan membuat peminat gembira," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan