Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 26 September 2020

Durakovic puji prestasi Shahrel Fikry

 


Pemain pasukan Perak menghalang pemain import pasukan Felda United, Frederic Bulot (tiga kanan) ke gawang gol pada perlawanan Liga Super diantara Perak menentang Felda United di Stadium Perak. - Foto Shahrul Hafiz Zam

IPOH: Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic memuji persembahan Muhammad Shahrel Fikry Md Fauzi selepas meledak empat gol bagi membantu pasukan itu menewaskan Felda United FC 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

"Shahrel pemain yang baik dan De Paula juga menunjukkan persembahan yang baik malam ini (malam tadi).  Saya gembira, ia adalah kerjasama sepasukan, Shahrel tidak dapat melakukannya tanpa kerjasama semua," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Durakovic berkata, komitmen dan disiplin tinggi yang ditunjukkan pemain sepanjang perlawanan menjadi faktor utama mereka berjaya mengekalkan momentum kemenangan.

"Secara jujurnya, pemain menunjukkan kesungguhan sejak awal perlawanan. Mereka menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi.  

"Saya gembira dengan persembahan pemain, tetapi sebagai jurulatih saya tidak boleh terlalu bangga dengan kejayaan malam ini," katanya

Dalam perlawanan itu, Shahrel Fikry meledak gol pada minit ke-17, 46, 69 dan 85 dan satu lagi gol dijaringkan oleh Guilherme De Paula pada minit ke-52.

Gol saguhati Felda United dijaringkan Nicolas Leandro Velez pada minit ke-62.

Sementara itu, pengendali Felda United, Mohd Nidzam Jamil, berkata hilang fokus dan kegagalan pemain menyerap tekanan terutama pada babak kedua perlawanan menjadi antara faktor penyumbang kekalahan itu.

"Pada separuh masa pertama, Shahrel Fikri menjaringkan pertama dan ketika itu saya fikir kita masih ada peluang dan boleh mengawal perlawanan.

"Namun pada separuh masa kedua, selepas tambahan dua lagi gol, kami hilang fokus," katanya. 


Gambar fail, pemain pasukan Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kiri) diasak pemain pasukan Melaka pada perlawanan Liga Super di antara Perak menentang Melaka di Stadium Perak. - Foto Shahrul Hafiz Zam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan