Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Isnin, 21 September 2020

Feichtenbeiner dilantik jurulatih sementara Selangor

 

Micheal Feichtenbeiner dilantik sebagai jurulatih sementara Selangor susulan pemecatan B Satianathan.

KUALA LUMPUR: Urusan pasukan utama Selangor di Liga Super kini berada di tangan pengarah teknikal pasukan, Micheal Feichtenbeiner selepas jurulatih, B Sathianathan dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, FAS turut mengesahkan pihaknya membuat keputusan untuk 'berpisah' dengan Sathianathan yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan selepas mengambil kira pelbagai faktor.

"Selepas membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek prestasi semasa, pengurusan

FAS memutuskan untuk menamatkan kontrak B Satianathan sebagai ketua jurulatih pasukan

utama secara serta merta.

"Tugas ketua jurulatih akan dipangku pengarah teknikal pasukan, Micheal Feichtenbeiner sehingga ketua jurulatih yang baharu diumumkan," katanya.

Susulan pelantikan itu, Feichtenbeiner akan memikul tiga tanggungjawab buat masa ini selepas dia turut memegang jawatan sebagai jurulatih Selangor II yang beraksi dalam Liga Perdana.

Terdahulu, Sathianathan memaklumkan dia dipecat oleh FAS menerusi satu pertemuan dengan pengurusan tertinggi pasukan itu semalam dengan mereka bersetuju untuk memberi pampasan bagi baki kontrak selama empat bulan.

Dengan pemecatan itu, Sathianathan disifatkan mendapat 'cuti' lebih awal memandangkan kontraknya bersama pasukan itu turut akan berakhir pada hujung tahun ini.

Situasi ini juga menyaksikan Sathianathan menjadi korban kedua musim ini selepas pengendali Kelantan United, Zahasmi Ismail menjadi jurulatih pertama Liga Malaysia (Liga M) yang direhatkan minggu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan