Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

UKM FC tekad sekat Kuala Lumpur



PEMAIN pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC tidak perlu meratapi kekalahan besar kepada Kelantan, sebaliknya perlu kembali fokus kepada cabaran menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Perdana, di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Jumaat ini.
Itu ditegaskan Ketua jurulatih, Sulaiman Hussin, yang mahu pemainnya segera bangkit dengan persembahan terbaik bagi mencipta kemenangan.
Katanya, biarpun berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman dan antara pilihan untuk layak ke Liga Super, namun bukan mustahil buat pemain jika ingin mencipta kejutan ke atas pasukan itu.
"Pada saya kekalahan kepada Kelantan tempoh hari adalah sebahagian daripada perjalanan buat pasukan untuk mencipta sesuatu yang lebih baik selepas ini.
"Oleh itu, saya mengingatkan pemain supaya tidak perlu lagi meratapinya sebaliknya segera menjadikan keputusan luar dugaan itu sebagai cabaran untuk kita lebih bersedia mengharungi perjuangan ini.
"Saya harap mereka dapat memperagakan aksi lebih baik, kemas dan mantap seperti
mana dirancang pada perlawanan menentang Kuala Lumpur, Jumaat ini, untuk memastikan pasukan tidak keciciran mata buat kali kedua berturut-turut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sehubungan itu, Sulaiman berkata, beliau sudah dapat menghidu beberapa kelemahan dalam skuad itu selepas meneliti keseluruhan persembahan dan yakin hasrat untuk mendapatkan keputusan positif, boleh dicapai.
"Apa yang penting pemain perlu lebih fokus dan tidak mengulangi kesilapan mudah yang akan memberikan ruang kepada pemain lawan mengambil kesempatan.
"Saya masih yakin dengan kemampuan pemain dan peluang untuk kami mencipta kemenangan tetap ada walaupun berhadapan dengan pasukan kuat seperti Kuala Lumpur.
"Saya akan tetap mempertaruhkan Akanni Sunday bagi mengemudi jentera serangan dan yakin dengan kemampuan pemain berkenaan untuk menembusi benteng lawan seterusnya melakukan jaringan," katanya.
Ketika ini skuad 'The Varsity Boys' berada di tangga kelapan carta liga selepas mengumpul empat mata daripada empat perlawanan manakala Kuala Lumpur di tangga keempat dengan lapan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan