Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Hadi Fayyadh mula tunjuk taring


PEMAIN muda negara yang berkelana di Jepun Hadi Fayyadh Abdul Razak berjaya menutup mulut pengkritiknya apabila meledak hatrik ketika mewakili Fagiano Okayama dalam perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 18 tahun Fagiano Okayama baru-baru ini.
Pemain berkenaan yang dikatakan 'sendu' sebelum ini berjaya melakar hatrik dan satu bantuan gol ketika pasukannya menewaskan pasukan muda Fagiano Okayama yang boleh dianggap antara pasukan kuat dalam liga remaja dan kini berada di tangga ke-4 daripada 12 pasukan bersaing.
Menerusi persembahan mantap itu, prestasi bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu semakin meningkat sekali gus diberikan peluang oleh ketua jurulatih untuk mengetuai barisan serangan untuk mencipta kemenangan 5-0.
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada turut berkongsi perasaan gembira berkaitan perkembangan Hadi Fayyadh yang dilihat semakin meningkat hingga mampu menjadi pengempur utama kepada pasukan.
"Barisan kejurulatihan kelab kini sedang memantau dan memastikan prestasinya meningkat memandangkan dia kini mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain yang baik di masa hadapan," katanya.
Selain itu, Hamada berkata, Hadi Fayyadh boleh dianggap sebagai berbakat berbanding pemain muda jepun lain yang seusia dengannya.
"Kita perlu menanti dengan penuh sabar dengan berikan mereka masa beberapa tahun dan tidak boleh mengharapkan mereka diberi peluang berada dalam kesebelasan utama pasukan dalam tempoh yang singkat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan