Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 22 Ogos 2020

TFC hambat JDT


Kapten TFC, Lee Tuck (kanan) diasak pemain PJ City, K Gurusamy di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. - Foto Ihsan MFL

KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) meletakkan diri sebagai pencabar kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan TFC mengumpul tujuh mata untuk naik ke tangga ketiga, tiga mata di belakang juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menghuni kedudukan teratas.
PJ City pula kekal di tangga ke-10 dengan mengumpul empat mata selepas empat perlawanan musim ini.
TFC terpaksa menunggu hingga minit ke-31 untuk berada di depan hasil jaringan pemain import Dominique Da Sylva.
Penyerang berusia 31 tahun terus menceriakan kem skuad Penyu dengan gol kedua selepas melakukan sepakan lambung menarik pada minit ke-73.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan