Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Sabtu, 22 Ogos 2020

MUSA lancar logo baharu

Logo baharu Melaka United Football Club. - NSTP/Nazri Abu Bakar

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) melancarkan logo baharu kelab berkenaan di Bandar Hilir sebentar tadi.
Majlis pelancaran logo itu di sempurnakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Penaung Bolasepak Melaka.
Hadir sama, Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden MUSA, Datuk Sulaiman Md Ali serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka yang juga Penasihat MUSA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Logo itu terpilih daripada 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United 2020 yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos 2020.
Sementara itu Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada pasukan yang kini dikenali sebagai Melaka United Football Club dengan berharap penswastaannya akan membawa ke tahap membanggakan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan