Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Jumaat, 21 Ogos 2020

Setuju tindakan tegas oleh FAM



SELAKU badan induk bola sepak negara sudah tiba masanya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkeras dalam isu penswastaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang masih belum dapat diselesaikan oleh beberapa pasukan.
Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, selagi FAM berlembut dan memberi muka, selagi itu masalah berkenaan tidak diselesaikan oleh pasukan berkaitan.
Katanya, tempoh masa yang begitu panjang diberikan untuk pasukan berkaitan meletak hala tuju pasukan namun hingga tarikh akhir pendaftaran 30 September dikatakan isu berkenaan masih lagi tidak dapat diselesaikan.
Menurutnya, garis paduan diberikan FAM yang begitu berlembut seolah tidak menarik minat pasukan terbabit untuk berusaha menyelesaikan isu penswastaan itu, sekiranya mereka tidak berminat dengan cara itu mungkin sudah tiba masanya tindakan tegas dikenakan.
"Sebagai bekas pemain dan kini peminat bola sepak negara saya agak terkilan apabila masih terdapat pasukan yang tidak dapat menyelesaikan isu berkenaan, kegagalan berbuat demikian akan mengundang padah pada mereka sekiranya FAM bertindak tegas dengan mengenakan hukuman.
"Saya bersetuju sekiranya Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin bertindak tegas dalam hal ini, sudah lama beliau (Hamidin) berlembut namun tidak berjaya menyelesaikan isu berkaitan.
"Amaran keras yang dikeluarkan Hamidin semalam mungkin dapat membantu pasukan berkaitan segera menyelesaikan isu terbabit, sedikit masa yang ada boleh digunakan untuk merungkai kemelut itu," katanya dihubungi, di sini hari ini.
Semalam FAM mengingatkan pada mana-mana pasukan yang tidak serius sama ada ingin membuat FA atau FC termasuk cuba melambat-lambatkan proses itu, badan induk itu akan singkirkan mereka mengikut peraturan yang ada.
Bukan setakat singkir malah pasukan berkenaan juga boleh tidak dibenarkan beraksi lagi.
Jamal Nasir menambah, pasukan masih masih gagal meletakkan kedudukan mereka seolah tiada hala tuju dalam kancah bola sepak negara, mereka mungkin tercari-cari status yang sesuai pada musim akan datang.
Tambahnya lagi, MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan FAM perlu serius dalam perkara ini, ini bagi menjamin imej selaku badan induk bola sepak negara.
"Saya difahamkan pasukan yang gagal menentukan status sama pasukan ada FA atau FC akan disingkirkan mengikut peraturan yang dibenarkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," katanya.
Sebelum ini FAM mendedahkan lima pasukan sudah berjaya melengkapkan proses penswastaan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), Petaling Jaya FC (PJ City), Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sarawak United.
Lapan pasukan yang lain pula hampir lengkap manakala lima lagi masih bergerak dan baki tiga pasukan pula masih belum melakukan apa-apa langkah ke arah penswastaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan