Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Pasukan mana mampu pikat Vida?

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendedahkan sedang mengintai pasukan Liga M untuk dibeli susulan keputusan FAM mewajibkan penswastaan pasukan bermula musim depan. - NSTP/Mahzir Mat Isa
KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) manakah yang akan bertuah mendapat 'sentuhan' jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman pada musim depan?
Persoalan itu timbul selepas Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu mendedahkan dia sedang merisik beberapa pasukan yang berpotensi untuk dibeli dan dimiliki.
Kenyataannya itu sekali gus menyaksikan dia akan membuat kemunculan semula dalam arena bola sepak selepas kali terakhir bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pada 2016.
Namun, apa yang mengejutkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu tidak memburu 'ikan jerung', sebaliknya menyasarkan pasukan berstatus bukan pilihan tetapi dilihat memiliki kemampuan mencipta kejutan.
"Ya, saya mahu kembali dalam bola sepak. Saya sedang melihat profil beberapa pasukan yang dirasakan sesuai. Kali ini saya melihat pasukan 'underdog', tetapi ada potensi untuk diketengahkan.
"Kalau taja pasukan sebegini nampak mudah sikit sebab tiada hutang dan paling penting, perbelanjaan pun tidak begitu tinggi. Mungkin kurang daripada RM10 juta pun sudah cukup.
"Cuma saya kena kaji dululah sebab banyak perkara perlu dipertimbangkan untuk kembali dalam bola sepak. Saya pun kena tengok apa pulangan yang saya dapat dan apa yang pasukan itu boleh beri kepada saya.
"Kalau boleh mencapai persetujuan, boleh jadilah. Apapun, kita tengok dulu bagaimana," katanya.
Terdahulu, pada 2016, Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh memeterai perjanjian dua tahun bersama KAFA bernilai RM16 juta.
Selain Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dicat warna merah jambu, Dr Vida turut menyenaraikan 33 lagi syarat tambahan kepada KAFA namun perjanjian itu berakhir setahun kemudian susulan beberapa masalah termasuk prestasi terumbang-ambing TRW.
Sementara itu, Vida turut mengesahkan bukan sahaja dia dalam proses 'meminang' pasukan, tetapi dia turut diintai pasukan yang berminat bekerjasama dengannya selaras dengan usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan penswastaan pasukan bermula musim depan.
"Memang ada pasukan yang sudah hubungi saya melalui mesej dan surat, tetapi itu pun saya kena lihat dahulu sebelum pertimbangkan. Saya tidak mahu beritahu pasukan mana sebab takut kalau tidak jadi nanti, tidak manis pula.
"Memang hajat saya untuk ada pasukan sendiri selepas hasrat sebelum ini tidak tercapai. Apa yang sudah berlaku sebelum ini, saya sudah lupakan. Tetapi seperti yang sudah saya katakan, kita tengok dulu bagaimana," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan