Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Rabu, 26 Ogos 2020

Isu kecederaan tonggak bimbangkan Dollah


Gambar fail - Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh (tengah) bersama pemainnya selepas latihan. - Foto Owee Ah Chun
KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui fikirannya terganggu menjelang aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini, susulan dibelenggu masalah kecederaan pemain tonggak.
"Saya kini berdepan dengan masalah kecederaan membabitkan beberapa
pemain utama yang sekali gus memberi kesan dalam menyenaraikan kesebelasan terbaik pada perlawanan Jumaat ini.
"Pada masa sama, Pahang pula berdepan JDT yang sudah pasti mahu
mencatat kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga
Super.
"Oleh itu, saya mengharapkan komitmen tinggi daripada pemain untuk
mempamerkan prestasi terbaik biarpun mengakui kecederaan yang dialami
beberapa pemain menjejaskan perancangan," katanya di sini, hari ini.
Antara yang berdepan kecederaan adalah pemain import, Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan Ivan Carlos. Difahamkan, beberapa pemain lain juga baru pulih daripada kecederaan dengan tahap kecergasan belum mencapai 100 peratus.
Namun, Dollah percaya barisan pemain yang disenaraikan nanti mampu
memikul tanggungjawab yang diberikan terutama memanfaatkan kelebihan
bermain di halaman sendiri.
"Setakat ini, jika dilihat kepada tahap kecederaan, mereka kemungkinan
tidak dapat diturunkan tetapi bergantung kepada keadaan. Jika diikutkan memang saya mahu mereka bermain tetapi perlu memikirkan risiko apabila menurunkan mereka," katanya.
Selepas empat perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat dengan
mengutip enam mata selepas merekodkan dua kemenangan dan dua
kekalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan