Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

MFL hari ini telah mengadakan taklimat khas menerusi dalam talian di antara Unit Pertandingan MFL bersama Komisioner Perlawanan sebagai persiapan menjelang aksi sepak mula Liga Malaysia yang bakal bersambung kembali pada 28 Ogos ini.#MFL

Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengadakan taklimat khas menerusi dalam talian di antara Unit Pertandingan MFL bersama Komisioner Perlawanan sebagai persiapan menjelang aksi sepak mula Liga Malaysia yang bakal bersambung kembali pada 28 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan serta dibantu Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd menyampaikan taklimat berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengelolaan perlawanan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MFL.
Taklimat ini diadakan bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan SOP sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung berdasarkan pemantauan MFL dalam dua perlawanan tertangguh antara PJ City FC menentang Terengganu FC (CIMB Liga Super) dan UKM FC menentang Kelantan FA (Liga Premier) pada minggu lalu.
Komisioner Perlawanan turut berpeluang melontarkan pandangan serta idea untuk dibincangkan bersama bagi memastikan kelancaran pengelolaan perlawanan Liga Malaysia 2020.

Imej mungkin mengandungi: 12 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, skrin dan dalam, teks yang berkata 'MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE CIMB MALAYSIA CIMB MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA MALAYSIA CHALUE CIMB @unifı AirAsia PLUS'

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, skrin dan dalam

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: skrin

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, komputer riba dan skrin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan