Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

MFL hari ini telah mengadakan taklimat khas di antara Unit Pertandingan bersama Pegawai-Pegawai Penyelaras Pasukan (COVID-19) sebagai persiapan menjelang aksi sepak mula Liga Malaysia yang bakal bersambung kembali pada 28 Ogos ini.#MFL

Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengadakan taklimat khas menerusi dalam talian di antara Unit Pertandingan MFL bersama Pegawai-Pegawai Penyelaras Pasukan (COVID-19) sebagai persiapan menjelang aksi sepak mula Liga Malaysia yang bakal bersambung kembali pada 28 Ogos ini.
Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd serta dibantu Ketua Unit Pertandingan MFL Harris Taufieq Zafri menyampaikan taklimat berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengelolaan perlawanan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MFL.
Taklimat ini diadakan bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan SOP berdasarkan pemantauan MFL dalam dua perlawanan tertangguh antara PJ City FC menentang Terengganu FC (CIMB Liga Super) dan UKM FC menentang Kelantan (Liga Premier) pada minggu lalu.
Pegawai Penyelaras Pasukan turut berpeluang memberikan pandangan serta idea untuk dibincangkan bersama bagi memastikan kelancaran pengelolaan perlawanan Liga Malaysia 2020.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan skrin

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, skrin dan komputer riba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan