Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Jika menjadi kenyataan, Safawi akan menjadi pemain kedua Malaysia yang beraksi di Eropah tahun ini, selepas Luqman Hakim Shamsudin yang kini mewakili kelab Belgium, KV Kortrijk.

[VIDEO] TERKINI: Safawi Rasid bakal sertai kelab Portugal


JDT mengesahkan bahawa mereka menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense bagi mendapatkan khidmat pemain bintang Harimau Selatan, Safawi Rasid.
Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest berkata tawaran tersebut dilihat sebagai satu peluang buat Safawi untuk melebarkan sayapnya di Eropah.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.
“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.
“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Pengesahan ini dibuat beberapa jam selepas muncul spekulasi perpindahan dalam kalangan media di Portugal berkenaan dengan Safawi.
Jika menjadi kenyataan, Safawi akan menjadi pemain kedua Malaysia yang beraksi di Eropah tahun ini, selepas Luqman Hakim Shamsudin yang kini mewakili kelab Belgium, KV Kortrijk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan