Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 25 Ogos 2020

Yang Bulat Tak Datang Bergolek, JDT Sedia Lepaskan Safawi Ke Kelab Portugal

Imej
Arena bola sepak negara sekali lagi menerima perkhabaran gembira apabila kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan, Safawi Rasid telah menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense SC.
Berita tersebut disahkan sendiri oleh pengarah sukan JDR, Martin Prest dalam pengumuman rasmi terbaru pasukan tersebut di akaun media sosial mereka.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal,” ujar Prest dalam kenyataan tersebut.
“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.”
Perkembangan tersebut membuktikan pemain-pemain muda negara kini sudah mula menjadi perhatian kelab-kelab Eropah selepas mempamerkan aksi konsisten bersama kelab dan skuad kebangsaan.
Baru-baru ini, penyerang muda negara, Luqman Hakim telah pun diterbangkan ke Eropah untuk menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk dengan mengikat kontrak selama 5 tahun bersama kelab tersebut.
Nama Safawi Rasid semakin melonjak apabila beliau beraksi cemerlang bersama JDT dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun lepas di mana beliau telah menjaringkan gol menarik ketika menentang Shandong Luneng.
Oleh itu jelas bahawa tawaran yang diterima oleh Safawi itu adalah hasil usaha kerasnya selama ini untuk menjadi pemain terbaik dan dibantu oleh pasukan yang dapat menyediakan fasiliti terbaik sehingga beliau berjaya capai ke tahap ini.
Bak kata pepatah, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.
Kredit Foto: Johor Southern Tigers

Tiada ulasan:

Catat Ulasan