Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Khamis, 20 Ogos 2020

Harimau Kumbang asah kuku hadapi saingan sengit



SKUAD Pulau Pinang kekal positif dalam usaha melayakkan diri ke saingan Liga Super pada musim depan meskipun terpaksa bekerja dengan lebih kuat dengan menyaingi beberapa pasukan hebat di Liga Perdana pada musim ini.
Ketua Jurulatihnya Manzoor Azwira berpendapat selain pasukan-pasukan 'feeder' dalam Liga Perdana, skuad Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan juga mampu memberi tentangan sengit buat Harimau Kumbang, selain Kelantan yang juga mampu menghasilkan kejutan dalam setiap perlawanan.
"Pulau Pinang kini di kedudukan ketiga dan jumlah mata setiap pasukan itu terlalu hampir. Ia bukan satu perkara yang kita terlalu yakin untuk layak ke Liga Super, kerana kita hanya ada tujuh perlawanan dan semua perlawanan itu sangat penting dan kita tak boleh lepaskan satu peluang pun dalam semua perlawanan.
"Prestasi pasukan bagaimanapun belum lagi mencapai tahap sebenar yang saya harapkan, tapi sudah semestinya saya berfikiran positif untuk peluang melangkah ke Liga Super musim depan dan itu adalah harapan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dan rakyat Pulau Pinang, jadi saya tetap positif di situ tapi kita kena kerja dengan lebih kuat," katanya.
Beliau berkata keputusan kemenangan 3-2 yang dilakar skuadnya ke atas Kedah pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman semalam adalah satu kemenangan moral dalam membina semangat untuk persiapan skuadnya menghadapi saingan Liga Perdana menentang Kelantan pada 29 Ogos ini.
"Kemenangan ini bukan satu benda yang diharapkan sangat, cuma kita lebih fokus kepada tahap kecergasan dan persefahaman dikalangan pemain dan masih lagi ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki kerana kita sudah lama tinggal perlawanan yang kompetitif seperti ini.
"Tapi bila mencapai kemenangan, saya pasti ia akan menaikkan moral pasukan dan pemain akan rasa lebih bersemangat kerana dalam bola sepak kita perlukan prestasi yang sentiasa konsisten dan saya juga tidak mengharapkan pemain terlalu selesa atau 'over confidence' dan ia boleh jadi satu keadaan yang tidak baik untuk pasukan.
"Kesediaan kami kini baru mencapai tahap 80 peratus sebab pemain pun agak masih kekok selepas lama tidak beraksi dan ini salah satu perkembangan yang kita cuba tingkatkan lagi dari segi kualiti dalam permainan.
"Namun ia satu perkara yang baik macam perlawanan malam ini (semalam) kerana pada masa yang sama kita tahu Kedah adalah satu pasukan yang berkualiti dan kita agak kelam kabut juga, tapi pada separuh masa kedua kita dapat atasi keadaan-keadaan yang sepatutnya kita cuba lancarkan terutama masa menyerang dan bertahan, dan akhirnya nampaklah sedikit peningkatan pada separuh masa kedua," katanya.
Manzoor berkata, skuad yang mempunyai lapan mata dalam carta Liga Perdana dan sudah melalui empat perlawanan persahabatan setakat ini, kini dalam proses mendapatkan keserasian penuh.
Katanya, ia termasuk kombinasi semua pemain dengan lebih berkesan bermula dari bahagian pertahanan hingga ke serangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan