Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 28 Julai 2020

Tak perlu sampai 'lelong' KFA

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA) Nor Hasmadi Hamzah.

ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak perlu 'dilelong' seperti dicadangkan dalam media semalam, sekiranya ingin menyelesaikan masalah tunggakan gaji bernilai RM10.6 juta.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA) Nor Hasmadi Hamzah berkata, KFA boleh membuktikan kemampuannya selaku kelab berpengalaman yang berusia hampir 100 tahun ini dengan menggunakan kaedah bijak dan teratur untuk keluar daripada kemelut kewangan itu.

"KFA tidak perlu 'dilelong' dan sebagai persatuan yang berwibawa, apa yang perlu KFA akukan adalah bermula dengan mengikat mungkin lebih daripada satu penaja.

"Kita tahu kemerosotan ekonomi akibat pandemik COVID-19 ini agak sukar untuk satu penaja sahaja seperti dahulu, namun jika KFA bijak mengatur strategi, tidak mustahil KFA boleh mendapatkan kerjasama lebih daripada satu penaja," kata Nor Hasmadi.

Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini melaporkan terdapat tiga syarikat yang sedang berunding untuk proses penajaan dan nama-nama syarikat berkenaan masih dirahsiakan kerana khuatir akan 'dipintas' pihak tertentu.

Hasmadi juga berkata pihaknya masih menunggu perkembangan semasa selepas dimaklumkan KFA bakal mengadakan mesyuarat pengurusan bagi membentangkan cadangan untuk menyelesaikan segala permasalahan kewangan pada 3 Ogos ini.

"Kita perlu beri peluang dahulu kepada KFA untuk mencongak perancangan yang dimahukan.

"Dengan reputasi cemerlang pasukan selaku Naib Juara Piala Malaysia dan Juara Piala FA musim lalu, saya rasa tidak sukar untuk mana-mana penaja datang menjalin kerjasama.

"Jumlah besar penyokong skuad Lang Merah juga bakal memberi impak buat mana-mana syarikat daripada segi promosi dan ia boleh membantu menjana pendapatan kepada penaja.

"Keputusan kini di tangan KFA dan kami doakan mereka dapat mencapai pilihan terbaik untuk mengorak langkah seterusnya dalam Liga Malaysia (Liga M)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan