Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 28 Julai 2020

Stadium Darul Makmur terima sijil sanitasi KKM

Proses sanitasi dilakukan pada peralatan latihan, bilik pemain dan di laluan masukan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - Foto Mohd Rafi Mamat

Pic Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Stadium Darul Makmur yang menjadi gelanggang utama skuad Pahang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) menerima sijil perakuan proses sanitasi dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penolong Jurutera Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) Mohd Shahril Muhd Sarip berkata, sijil perakuan KKM diterima awal bulan ini selepas semua syarat ditetapkan berjaya dilaksanakan pihaknya.

Menurutnya, syarat utama ditetapkan ialah perlu melalui proses sanitasi oleh pihak profesional dalam bidang berkenaan dan proses berkenaan dipantau sepenuhnya pegawai KKM.

"Proses sanitasi atau nyahkuman menggunakan campuran pembasmi kuman khas dilakukan pada 30 Jun lalu membabitkan pelbagai peralatan latihan di padang termasuk bola, kerusi, meja dan tempat menjual tiket.

Proses sanitasi dilakukan pada peralatan latihan, bilik pemain dan di laluan masukan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - Foto Mohd Rafi Mamat

Proses sanitasi dilakukan pada peralatan latihan, bilik pemain dan di laluan masukan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - Foto Mohd Rafi Mamat

"Semburan bahan kimia berbentuk asap itu turut membabitkan 15 bilik dan dewan termasuk sepanjang laluan keluar dan masuk pemain serta pegawai dalam bangunan stadium," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses sanitasi dilakukan antara langkah pencegahan wabak COVID-19 dilakukan PSDM sebelum saingan Liga M bermula bulan depan selepas ditangguhkan sebelum ini.

Mohd Shahril menambah, proses sanitasi tidak dilakukan di tempat duduk penonton kerana kawasan terbabit dikategorikan terbuka dan dianggap selamat berikutan terdedah pada cuaca panas matahari serta hujan.

Katanya, apa yang diharapkan apabila saingan Liga M bermula nanti tidak berlaku sebarang kes berpunca daripada stadium manakala pemain dan pegawai tidak perlu bimbang apabila semua bilik, kerusi dan laluan mereka sudah disanitasi atau nyahkuman.

"PSDM akan mengikuti semua peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM, kita ingin pastikan saingan Liga M berjalan dengan selamat dan meriah seperti sebelum ini.

"Kita kini menunggu SOP akan dikeluarkan pihak berkuasa termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum kancah bola sepak negara kembali memulakan saingan bulan depan," katanya.

Proses sanitasi dilakukan pada peralatan latihan, bilik pemain dan di laluan masukan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - Foto Mohd Rafi Mamat
Proses sanitasi dilakukan pada peralatan latihan, bilik pemain dan di laluan masukan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur. - Foto Mohd Rafi Mamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan