Featured post

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020!#LigaMalaysiaKembali#CIMBLigaSuper2020#LigaPremier2020

📆 Jadual perlawanan CIMB Liga Super dan Liga Premier musim 2020! Untuk download,  https:// https:/U/ we.tl/t-O8tyMSagYQ Anda bole...

Selasa, 28 Julai 2020

Gaji RM125,000 terlalu tinggi buat seorang pemain Kedah

Effendi Abdullah

KUALA LUMPUR: Nilai gaji sebanyak RM125,000 sebulan yang dibayar oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada seorang pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dianggap terlalu tinggi.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah menjelaskan nilai itu dilihat sesuai bagi pemain berprofil tinggi yang pernah beraksi di liga terbaik seperti Liga Perdana Inggeris (EPL).

Justeru, beliau berkata setiap pasukan seharusnya membuat penilaian rapi sebelum mengikat mana-mana pemain terutama mengambil kira 'kantung' kewangan mereka.

"Saya rasa nilai gaji sesuai bagi pemain import (dalam Liga M) paling tinggi pun USD 20,000 atau dalam lingkungan RM80,000. Kecuali kalau pemain itu benar-benar berkualiti dan datang dari liga berprofil tinggi macam EPL.

"Tengok dari mana dia datang, kalau dia (pernah) main dengan Aston Villa atau Newcastle United mungkin sesuai nilai itu. Tapi jika dia hanya beraksi di Liga M saja, nilai itu agak tinggi.

"Saya agak setuju dengan apa yang dikatakan Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai ukur baju di badan sendiri. Anda mesti tahu status kewangan dulu sebelum setuju membayar gaji tinggi kepada pemain.

"Kalau nak bayar gaji tinggi, tapi kewangan tidak mencukupi susahlah, nanti akan timbul masalah lain pula," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah dilaporkan terkejut apabila mengetahui ada pemain skuad Lang Merah menerima gaji hingga RM125,000 sebulan.

Malah, beliau berkata perbelanjaan melebihi kemampuan menjadi antara faktor penyumbang kepada KFA terpaksa menanggung hutang lama yang mencecah RM10.6 juta.

Selain itu, Effendi yang juga ejen pemain berpengalaman turut mengakui sukar buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menetapkan had gaji siling bagi pemain dalam Liga M.

"Susah sikit (nak laksana gaji siling pemain) sebab kita dalam pasaran terbuka. Tapi mungkin pihak tertentu boleh sarankan kepada kelab supaya berhati-hati dan tidak berbelanja berlebihan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan